Siakap Keli
isteri curang anggota polis
Kredit Detik.com

Isteri Kantoi Curang Dengan Doktor, Anggota Polis Nekad Buat Laporan Polis

Isteri Kantoi Curang Dengan Doktor, Anggota Polis Nekad Buat Laporan Polis

Seorang pegawai Polis di Makassar membuat laporan polis selepas isterinya didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang doktor ketika dia masih berada di Sekolah Inspektor Polis (SIP).

Memetik Detik, laporan polis terhadap isteri pegawai polis itu dibuat di Polis Wilayah Sulawesi Selatan (Sulsel).

“Suaminya sendiri melaporkannya,” kata Ketua Polis Humas Polda Sulsel, Kombes Komang Suartana kepada wartawan pada 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun, butiran berkenaan perbuatan jenayah yang dilaporkan oleh pegawai polis itu masih belum didedahkan.

“Di SPKT nanti akan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah lalu dikaji sama ada ia termasuk dalam kes jenayah atau tidak,” kata Suartana lagi.

Tambah Suartana, pihaknya turut akan memanggil beberapa saksi untuk tujuan soal siasat.

“Kami akan memanggil anggota itu sebagai saksi, kerana laporan dibuat ke atas isterinya. Secara amnya, kita masih menunggu hasil pemeriksaan siasatan,” katanya.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Isteri siap bawa kekasih gelap masuk bilik ketika suami sedang jalani latihan polis

Berdasarkan laporan yang dibuat, pegawai polis itu mendakwa bahawa isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia sedang berada di SIP.

Hubungan sulit itu terbongkar selepas, anggota polis yang mahu memberikan kejutan kepada isterinya dilihat sedang berdua-duaan dengan doktor tersebut.

Dipercayai, kisah rumah tangga pegawai polis itu telah tersebar luas dan tular di media sosial Indonesia.

Dalam muat naik yang tersebar, anggota polis yang sedang menjalani latihan pegawai polis itu secara tiba-tiba telah pulang ke Makassar.

Beliau pulang ke Makassar kerana mahu memberi kejutan kepada isterinya.

Bagaimanapun, anggota itu terkejut selepas dia mendapati isterinya itu telah membawa teman lelaki barunya itu ke bilik sewa mereka bersama.

Anggota polis yang kecewa telah memeriksa telefon bimbit isterinya dan mendapati pasangannya yang curang itu sempat mengambil gambar tidak senonoh bersama-sama.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.