Siakap Keli
Gambar: TikTok@ Pakwee_oe

Jangan Tekan Brek Masa Lalu Bonggol, Ini Sebabnya

Jangan Tekan Brek Masa Lalu Bonggol, Ini Sebabnya

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan dilengkapi dengan pelbagai komponen dan ciri-ciri keselamatan termasuklah brek. Secara umumnya, brek bertindak untuk mengawal kelajuan dan memberhentikan kenderaan.

Pun begitu, penggunaan brek kadangkala tidak diperlukan dalam keadaan tertentu misalnya sewaktu melalui bonggol kerana boleh memberi kesan terhadap absorber kenderaan.

Absorber sangat penting terhadap sistem suspension kereta kerana berfungsi sebagai penyerap hentakan dan mengawal pergerakan spring. Disebabkan itu, setiap kali pemandu terlanggar lopak atau bonggol, komponen ini bertindak ‘menyerap’ hentakan.

Walau bagaimanapun, jika komponen kereta ini rosak, atau tidak berfungsi dengan betul, tayar kenderaan tidak dapat menyentuh permukaan jalan dengan baik.

Perkara ini membuatkan kereta seperti ‘terbang’ setiap kali terlanggar bonggol dan membuatkan pemandu serta penumpang berasa tidak selesa ketika dalam kenderaan.

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Jadi, penting untuk mengetahui penggunaan brek kereta agar komponen ini dapat bertahan untuk jangka panjang. Sekiranya rosak, pemilik terpaksa mengeluarkan modal untuk memperbaiki absorber kereta mereka.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti perkongsian pengguna TikTok, Pak Wee, di bawah ini.

Absorber Kereta Cepat Rosak

Dalam video yang dimuat naik oleh Pak Wee, dia menjelaskan mengenai perbuatan yang sering dilakukan oleh pemandu kereta sehingga menyebabkan komponen kenderaan itu mudah rosak.

“Kita selalu buat tabiat buruk, apa tabiat buruk tu? Lalu bonggol sambil tekan brek,” katanya.

Kenapa Tak Boleh Tekan Brek Sewaktu Lalu Bonggol?

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Jelasnya, sewaktu kenderaan melalui bonggol adalah tidak disarankan menekan pedal brek kerana ia bakal memberi tekanan pada absorber sekaligus menyebabkan ia cepat rosak.

“Bila kita tekan brek, tekanan akan pergi ke depan. Dan bila tekanan dah banyak dekat depan, kita lalu pulak atas bonggol.

“Tekanan dari bonggol tu memang akan cepat merosakkan absorber korang disebabkan hentakan yang kuat.

“Sambil tekan brek dahlah tekanan, pergi ke bonggol tekanan lagi, hentak lagi,” katanya.

Cara Absorber Tahan Lama

Sementara itu, Pak Wee turut memberikan saranan agar absorber kenderaan dapat bertahan dalam jangka masa panjang.

“Jadi caranya macam mana? Caranya bila korang nampak bonggol, cuba perlahankan kereta sebelum bonggol dan lalu bonggol tanpa menekal pedal brek,” ujarnya lagi.

Menerusi langkah ini, absorber kenderaan dapat bertahan dalam tempoh yang panjang dan menjimatkan wang ringgit.

Semoga bermanfaat.

@pakwee_oe

Penyebab utama kenapa suspension dan absorber kereta cepat rosak🤔🤔 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #tips #tipskereta #tipscar #suspension #absorber #lowerarm #absorberkereta

♬ Presentation – FlyFlyMusic

Sumber: TikTok @pakwee_oe

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.