Siakap Keli
Gambar via Hello Doktor

Tabiat Pemakanan Punca Kegelisahan, 5 Makanan Ini Perlu Dielakkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tabiat Pemakanan Punca Kegelisahan, 5 Makanan Ini Perlu Dielakkan

Pernah tak anda tiba-tiba rasa gelisah? Mungkin anda rasa tangan anda menggigil dan anda tak tahu kenapa? Atau anda rasa tak senang duduk ketika melakukan kerja? Rasa berdebar dengan jantung berdegup kencang?

Ini merupakan tanda-tanda kegelisahan yang sering dialami. Tahukah anda, kegelisahan boleh berpunca daripada makanan yang anda ambil? Tabiat pemakanan anda boleh menjadi punca kegelisahan.

Ikuti Hello Doktor dalam mengetahui lima makanan yang perlu dielakkan.

5 makanan yang menjadi pantang larang anxiety            

Tahukah anda, ada 5 makanan menjadi pantang larang anxiety? Antara makanannya ialah:

1. Kafein

Gambar via Hello Doktor

Menurut Persatuan Kopi Amerika Syarikat, 62% rakyat negara tersebut minum kopi.

Namun, tahukah anda, kopi mungkin dalang sebenar di sebalik kegelisahan yang anda alami? Jika anda sering berdebar atau resah, elakkan kopi kerana ia merupakan salah satu pantang larang pesakit anxiety!

Kopi merupakan sejenis stimulan. Malah, bagi penghidap anxiety, kopi mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jadi, fikir dulu sebelum anda teguk kopi bagi memulakan sebarang kerja!

Benar, kopi merupakan minuman yang selamat terutamanya jika diambil dalam dos yang rendah.

Namun, kajian menunjukkan minuman ini boleh membuatkan keresahan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan serangan panik!

Tip: Orang dewasa yang mengambil lebih daripada 400 mg kafein setiap hari lebih berisiko mengalami keresahan dan serangan panik. Jika anda penggemar kopi, ketahuilah bahawa secawan kopi bersaiz ‘grande’ mengandungi hampir 310 mg kafein!

Pantang larang anxiety 2: Gula

Suka teh ais, makanan manis dan juga pencuci mulut? Inilah masanya untuk anda kurangkan pengambilan makanan bergula.

Menurut pakar, gula merupakan penyebab utama keresahan dan juga depresi!

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula dalam diet harian didapati dapat meningkatkan risiko depresi.

Makanan yang manis akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Akibatnya, anda akan jadi makin resah dan gelisah!

Jika boleh, jauhkan diri daripada makanan bergula. Bukannya tidak boleh, tapi simpan makanan manis untuk acara yang istimewa sahaja ya!

Tip: Jika anda inginkan sesuatu yang manis, beralihlah kepada buah-buahan segar seperti epal, pir, beri atau oren.

3. Makanan segera atau daging yang diproses

Gambar via Hello Doktor

Daging yang diproses dan makanan segera seperti pizza, sosej, kentang goreng, gula-gula dan makanan bergoreng merupakan antara punca inflamasi.

Jika diambil terlalu banyak, ia boleh menyebabkan kegelisahan dan membuatkan mood anda terganggu.

Benar, makanan ini mudah disediakan dan boleh didapati dengan harga yang murah.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal Public Health Nutrition, individu yang gemar mengambil makanan segera mempunyai risiko sebanyak 51% untuk mengalami depresi berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

Jika boleh, ambil makanan yang sihat untuk melawan anxiety.

Diet yang kaya dengan bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan dapat membuatkan anda rasa lebih sihat dan bertenaga.

Pantang larang anxiety 4: Minuman beralkohol

Minuman beralkohol tidak akan menghilangkan masalah anda, ia hanya akan membuatkan anda semakin resah!

Sebab itulah, sebarang minuman beralkohol merupakan pantang larang anxiety!

Menurut pakar, minuman ini mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan.

Selain itu, ia akan menyebabkan dehidrasi dan akan mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.

Ambil minuman ini secara sederhana. Jika anda menghidap penyakit tertentu, elakkan minuman beralkohol.

5. Ubat-ubatan tertentu

Gambar via Hello Doktor

Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada antaranya yang akan mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.

Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan sebegini ialah ubat-ubatan tiroid dan asma.

Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan contohnya benzodiazepines, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan doktor.

Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia hanya akan menyebabkan keresahan anda menjadi semakin serius.

Tip untuk mengurangkan stres dan kegelisahan

  1. Berehat jika perlu. Tonton televisyen, dengar lagu, lakukan meditasi atau lakukan apa sahaja aktiviti yang dapat membantu anda rasa lebih tenang.
  2. Ambil makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, berminyak dan berlemak.
  3. Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein. Kedua minuman ini adalah pantang larang anxiety.
  4. Dapatkan tidur yang mencukupi.
  5. Bersenam setiap hari. Senaman dapat membuatkan mood anda stabil.
  6. Berpandangan positif.
  7. Belajar tentang kondisi anda dan kenal pasti apa yang membuatkan anda resah.

Jadi, untuk penggemar kopi, makanan atau minuman manis, makanan diproses, dan penggemar alkohol, anda bolehlah cuba untuk perlahan-lahan mengurangkan pengambilan makanan tersebut. Tak senang nak berhenti terus daripada mengambil makanan yang sudah biasa diambil itu.

Namun, anda harus ingat yang ia boleh membantu mengurangkan kegelisahan anda. Jangan lupa amalkan tips yang telah dikongsi juga.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Varian Baru Covid 19, Tiga Gejala Perlu Diperhatikan

 

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.