- Menyokong aspek keselamatan diri, jalan raya dan di dalam talian di kalangan kanak-kanak bersama tajaan pengangkutan bas menerusi pendanaan awam oleh pengedar Bosch untuk Dignity For Children Foundation.
- Hasil bagi setiap pembelian produk berkaitan brek menerusi Bosch Autoparts Official Store di Shopee, sebanyak RM4 akan disalurkan dalam bentuk Perkongsian dengan Carsuka Automotive untuk membantu kanak-kanak ke sekolah dengan selamat.
- #CareForSafety adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Care For Life’ Bosch AA di seluruh ASEAN dengan sasaran mewujudkan perkongsian mampan dengan organisasi tempatan untuk kanak-kanak rentan di seluruh rantau ini.
Bosch menyasarkan untuk menawarkan produk dan penyelesaian Invented for Life bagi meningkatkan kualiti hidup dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk semua.
Petaling Jaya, Malaysia – Sebagai sebahagian daripada komitmen Bosch Automotive Aftermarket (AA) dalam memberikan impak kepada komuniti, Bosch AA telah melancarkan #CareForSafety, kempen keselamatan untuk kanak-kanak di Dignity For Children Foundation.
“Dipacu oleh Invented for Life, kami menyasarkan untuk menjadi sebuah syarikat berasaskan nilai kesedaran sosial yang komited untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat daripada semua latar belakang. Tepat pada masanya, kami melancarkan projek ini bersempena pencapaian 100 tahun kami,” kata Klaus Landhaeusser, Pengarah Urusan Bosch Malaysia.
#CareForSafety akan memberi tumpuan kepada pendidikan keselamatan jalan raya dan tajaan pengangkutan bas untuk kanak-kanak Dignity. Bengkel ini akan mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan jalan raya dan cara untuk kekal selamat di jalan raya. Bagi tajaan pengangkutan bas pula, ia akan membantu kanak-kanak lebih selamat ke sekolah dan dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga menerusi pemberian subsidi untuk kos pengangkutan bas.
“Bosch AA sentiasa percaya bahawa keselamatan kanak-kanak adalah keutamaan kami. Objektif kami adalah untuk mendidik, membabitkan diri dan memperkasakan kanak-kanak ini menerusi pelbagai aktiviti bersama Dignity For Children Foundation.
“Kami menggalakkan semua rakan niaga Bosch AA, rakan sekutu Bosch, ahli Bosch eXtra (program kesetiaan) dan orang awam menyumbang menerusi platform pendanaan awam untuk membantu menaja yuran pengangkutan bas bulanan kepada kanak-kanak,” kata Dillion Goh, Pengarah Negara bagi Perniagaan Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.
Salah satu program yang akan disediakan untuk guru-guru di Dignity For Children Foundation ialah Bengkel Keselamatan PRO. Ia akan melatih guru-guru tentang sukatan pelajaran keselamatan jalan raya serta mendidik kanak-kanak tentang kepentingan keselamatan diri, keselamatan jalan raya dan keselamatan ketika berada dalam talian. Bengkel-bengkel ini akan melibatkan pelbagai badan profesional sebagai rakan kongsi untuk membantu mendidik kanak-kanak cara untuk menjaga keselamatan di mana-mana.
“Di Dignity For Children Foundation, kami komited untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang bernasib baik di sini terutamanya di sebuah sekolah yang terletak di Sentul Raya Boulevard, dimana bilik darjah tersebar di bangunan yang berbeza dan lalu lintas jalan raya sentiasa menjadi kebimbangan. Dengan sokongan Bosch AA, pelajar-pelajar kami kini dapat memberi tumpuan dengan lebih tenang dalam aspek pembelajaran,” kata Elisha Satvinder, Pengasas Bersama Dignity For Children Foundation.
“Kami gembira bekerjasama dengan Bosch untuk kempen ini, menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Di Shopee, komitmen kami adalah untuk memperkasakan komuniti kami dan menggunakan teknologi untuk memberi manfaat kepada semua orang.
“Melalui laman mikro #CareForSafety khusus kami dan laman sesawang pada platform kami, kami berhasrat untuk meningkatkan lagi capaian kempen ini kepada pangkalan pengguna kami yang luas dan memudahkan orang ramai untuk menyumbang,” kata Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia.
Selain itu, dengan setiap pembelian produk berkaitan brek di Bosch Autoparts Official Store, Bosch AA Bersama Carsuka Automotive, pengedar eDagang mereka akan mendermakan RM4 kepada inisiatif ini sepanjang kempen berlangsung.
Kempen #CareForSafety adalah sebahagian daripada inisiatif ‘Care For Life’ Bosch untuk menyumbang kepada komuniti kanak-kanak rentan di ASEAN. Kempen itu disokong oleh Bosch Primavera, sebuah pertubuhan amal yang diasaskan oleh syarikat bersekutu Bosch untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia sejak 1990.
Pelancaran #CareforSafety di Malaysia menandakan negara keempat di mana kempen #CareForLife serantau ASEAN dilancarkan. Thailand dan Vietnam akan memperkenalkan kempen masing-masing dalam masa akan datang di mana ia akan memberi tumpuan kepada aspek udara yang bersih dan aspek kesihatan kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut tentang kempen #CareForSafety Bosch AA , sila layari https://shopee.com.my/boschautoparts.os
Untuk menyumbang kepada tajaan bas sekolah #CareForSafety menerusi pendanaan awam, sila rujuk pautan ini.