Dua Bulan Bercinta, Jisoo Blackpink & Ahn Bo-Hyun Dilapor Dah Berpisah
Ahli kumpulan Blackpink, Kim Jisoo dilaporkan tidak lagi menjalinkan hubungan percintaan dengan pelakon Ahn Bo-Hyun selepas bergelar pasangan kekasih sejak dua bulan lalu.
Memetik Lifestyle Asia, kedua-dua selebriti dari Korea Selatan itu mengambil keputusan untuk berpisah disebabkan masing-masing berdepan dengan jadual yang padat.
Berita perpisahan Jisoo dan Ahn Bo-Hyun mula menjadi perhatian apabila wakil industri mengumumkan status kedua-dua selebriti itu sebelum disahkan oleh agensi yang mewakili Jisoo, YG Entertainment.
“Hubungan Jisoo dan Ahn Bo-hyun semakin renggang kerana jadual mereka yang padat dan telah berpisah baru-baru ini,” maklum wakil industri tersebut.

Percintaan Jisoo & Ah Bo Hyun
Sebelum ini, khabar angin mengenai hubungan percintaan antara Jisoo dan Ahn Bo-Hyun bertiup kencang apabila pelakon lelaki itu dilihat berkunjung ke rumah Jisoo pada 3 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, beberapa laporan mendakwa kedua-dua mereka telah berjumpa antara satu sama lain sejak Mei meskipun tiada bukti sahih.
Selepas itu, YG Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan hubungan kedua-dua selebriti berkenaan.

Menurut laporan eksklusif dari Dispatch, Jisoo dan Ahn Bo Hyun telah menjalinkan hubungan sejak sekurang-kurangnya Mei tahun lalu.
Kedua-duanya dilihat bersama di daerah Yongsan di Seoul iaitu di tempat tinggal Jisoo pada Mei, Jun, Julai dan juga 1 Ogos.
Tarikh-tarikh tersebut adalah semasa jadual sibuk kumpulan Blackpink dengan konsert jelajah mereka.
Ahn Bo Hyun dikatakan akan memandu sendiri pergi rumah Jisoo.
BACA JUGA: Gelaran Wanita Tercantik Di Dunia Kekal Milik Jisoo Blackpink
Walaupun Ahn Bo Hyun sibuk dengan jadual penggambarannya, dia akan memastikan untuk melawat rumah Jisoo. Dia dikatakan akan muncul ke apartmennya dengan pakaian yang selesa dan membawa bungkusan makanan untuk mereka berdua.
Untuk makluman penyanyi berusia 28 tahun itu yang popular dengan lagu Flower berjaya menjual 1.03 juta salinan album hanya dalam masa dua hari sahaja.
Perkara itu menjadikannya sebagai pemegang album muzik terlaris artis solo wanita Korea Selatan dalam sejarah.
Sumber: Lifestyle Asia, Koreaboo