Siakap Keli
pesara askar tekan tubi
Kredit TikTok/@cgmai1

Tubuh Masih “Fit”, Pesara Askar Berusia 78 Tahun ‘Payung’ Tekan Tubi Guna Empat Jari

Tubuh Masih “Fit”, Pesara Askar Berusia 78 Tahun ‘Payung’ Tekan Tubi Guna Empat Jari

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki warga emas melakukan tekan tubi menggunakan empat jari tular di media sosial.

Perkongsian menarik itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @cgmai1.

Berdasarkan kapsyen muat naik tersebut, pesara askar itu dikatakan berumur 78 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Rejimen Askar Melayu DiRaja ke-17.

“Rejimen Askar Melayu DiRaja ke-17. Meskipun umur 78 tahun, masih sihat dan bersemangat,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Kredit TikTok

Dalam video perkongsian tersebut, pesara itu dilihat hanya memakai kain pelikat dan berbaju putih pagoda.

Yang lebih menarik, beliau berjaya menunjukkan aksi tekan tubi empat jari sebanyak dua kali itu tanpa masalah sedikit pun.

Kredit TikTok

Aksi tekan tubi dilakukan di depan beberapa orang penonton

Aksi tekan tubi itu dilakukan di dalam sebuah rumah dan dihadapan beberapa orang tetamu yang berada di sebalik rakaman video tersebut.

Di mana lokasi dan siapa nama pesara itu bagaimanapun tidak dapat diketahui ekoran pengguna tersebut tidak mendedahkan maklumat yang lebih lengkap.

Apa yang pasti, kekuatan dan kehebatan pesara askar tersebut yang mampu melakukan tekan tubi menggunakan empat jari itu wajar dipuji walaupun sudah lama bersara namun tubuh masih lagi kekal cergas.

Justeru, perkongsian menarik itu telah mengundang reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Mereka juga dilihat sempat meninggalkan komen mereka berkenaan video tersebut.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Umur 78, kalau 20-an aku tak tahu la macam mana paklong ni dulu. Confirm badan macam Bruce Lee,” tulis seorang netizen yang mengagumi pesara askar tersebut.

“Alhamdulillah, semoga pakcik terus sihat dan memberi inspirasi kepada anak cucu pakcik,” tulis seorang netizen yang mendoakan pesara askar tersebut.

“Thank you for your service sir! I always respect our frontliners, memang mantan dah hebat!” tulis seorang lagi netizen menghormati pesara askar yang pernah berkhidmat untuk negara.

BACA: COURTS Pelawa Pelanggan Kunjungi Kedai Untuk Pengalaman Yang Baru, Sekarang Faedah Serendah Sehingga 0.77%

@cgmai1

Rejimen Askar Melayu DiRaja ke-17 Meskipun umur 78 tahun, masih sihat dan bersemangat. #atm #askarmelayudiraja #regimen #pejuang #merdeka #askar #cgmai #ftypシ #fty #tenteradaratmalaysia #tokmat

♬ bunyi asal – Hafizi_fiziy – Tiger Malaya

Sumber: TikTok/cgmai1

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.