Siakap Keli
orang-orangan halau burung
Kredit: Mental Floss

Adakah Orang-orangan Sawah Berfungsi Halau Burung?

Adakah Orang-orangan Sawah Berfungsi Halau Burung?

Selalunya, kita akan nampak orang-orangan atau dipanggil scarecrows di kawasan tanaman sawah, yang dilihat menyerupai atau mirip manusia.

Orang-orangan itu diletakkan di kawasan tersebut kerana ia digunakan untuk menakutkan haiwan secara lazimnya burung perosak daripada menghampiri sawah atau ladang berkenaan. 

Tetapi adakah teknik yang digunakan oleh pesawah berkesan dalam memastikan burung yang berterbangan di kawasan itu tidak mendekati tanaman mereka?

Kalau nak tahu, sesetengah burung tidak menyukai orang-orangan lebih daripada pengacau yang lain.

Perkara ini disahkan selepas satu siri eksperimen dijalankan pada tahun 1980, di mana orang-orangan telah diletakkan pada kolam kecil berhampiran tempat tanaman.

Pemasangan tersebut telah menyaksikan penurunan sebanyak 95 peratus kunjungan daripada haiwan.

Semasa tahun 1930-an, saintis pernah menghantar orang-orangan menggunakan pelampung di tempat penetasan ikan di West Virginia dan kebanyakan burung menjauhi boneka tersebut namun ia gagal menghalang sesetengah spesis burung yang lain.

Namun, bagaimana pula dengan pemasangan orang-orangan di kawasan tanaman?

Rata-rata orang mengaitkan orang-orangan dengan tanaman seperti ladang jagung dan bukannya kolam atau perikanan, jadi sejauh manakah fungsi mereka dalam melindungi tanaman?

Kalau diikutkan, pemasangan mereka tidak terlalu berfungsi atau berkesan kepada tanaman melainkan pesawah meletakkan usaha yang lebih kepada orang-orangan itu bagi memastikan fungsi mereka berkesan.

Walaupun orang-orangan tradisional tidak bergerak melawan burung perosak seperti gagak dan burung hitam, kesannya sering bersifat sementara.

Lama-kelamaan, burung-burung itu terbiasa dengan boneka yang tidak bergerak dan meneruskan tabiat merosakkan tanaman.

BACA: Kenapa Burung Selalu Bertenggek Atas Kabel Elektrik? Ini Sebabnya

Boleh ditambah baik halau haiwan perosak

Pun begitu, tidak perlu risau kerana mereka yang menggunakan orang-orangan boleh menambah baik penggunaan boneka itu terhadap tanaman.

Penyelidik mengatakan bahawa boneka yang mempunyai ciri wajah yang realistik dan pakaian berwarna terang adalah lebih berkesan sedikit untuk menghalau burung perosak.

Selain itu, menempatkan orang-orangan tersebut di tempat berbeza dalam masa beberapa hari juga membantu menghalau haiwan mengacau tanaman.

Menurut beberapa kajian, model menggelepar (flailing) dapat menghasilkan hasil yang terbaik.

Pada tahun 1989, saintis melaporkan bahawa patung seperti manusia yang kadang-kadang meluncur ke atas melalui meriam propana berganda berjaya membuatkan tanaman bunga matahari enam ekar selamat daripada burung hitam.

Bagaimanapun, petani di masa hadapan mungkin mempunyai lebih banyak pilihan berteknologi tinggi untuk dipilih sebagai peralatan membantu mengekalkan tanaman daripada haiwan perosak.

Alternatif robotik yang dikenali sebagai Agrilaser, yang secara rawak menggunakan pancaran laser mampu menghalau burung.

Sistem tersebut telah diuji oleh petani dan mengatakan ia tidak mengeluarkan bunyi selain mampu menghalau burung kerana haiwan tersebut juga nampaknya tidak terbiasa dengan pancaran laser.

Pemasangannya amat mudah dan tidak memerlukan penyelenggaraan serta peralatan lain yang boleh digunakan ialah orang-orangan sawah digital yang memiliki kuasa solar.

Alatan tersebut berjaya mengesan haiwan berdekatan dengan mata inframerah yang mampu meninjau sehingga 178,000 kaki persegi.

Apabila makhluk menjadi terlalu dekat, ia menghalaunya dengan gelombang supersonik yang tidak berbahaya.

Sumber: Mental Floss,

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.