Betul ke Jason Statham Pasang Bendera Palestin di Bonet Kereta?
Beberapa minggu kebelakangan ini, dunia digemparkan dengan pergolakan yang melanda negara Palestin.
Sehubungan itu, ramai penduduk dunia mula menyatakan sokongan dan solidariti mereka terhadap kejadian itu.
Tidak ketinggalan para selebriti dan pempengaruh media sosial juga lantang menyuarakan pendapat mereka berkenaan isu tersebut.
Antara selebriti tanah air yang lantang adalah seperti, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Faizal Tahir dan ramai lagi.
Tular juga di media sosial sebuah video menunjukkan seorang lelaki memasang bendera palestin di bonet kereta mewahnya. Adakah benar dakwaan bahawa lelaki tersebut pelakon terkenal Hollywood, Jason Statham?
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Planet Report HQ di laman X milik mereka.

Lelaki itu dilihat sedang memasang bendera tersebut di sebuah kawasan parkir kenderaan.
Lelaki yang berpakaian serba hitam itu kelihatan sangat santai ketika sedang memasang bendera tersebut.
Selain itu, dia juga dilihat memasang mafla Palestin di cermin sisi kereta berwarna hitam tersebut.
Selesai memasang bendera dan mafla tersebut, dia dilihat berlalu pergi meninggalkan kawasan parkir berkenaan.

Di mana dan bila kejadian itu berlaku masih tidak dapat dikenal pasti, namun apa yang pasti ia berlaku di negara Amerika Syarikat ekoran bendera negara itu dilihat dipasang di sebuah tiang.
Bintang popular Hollywood
Kesahihan sama ada lelaki itu benar-benar pelakon yang membintangi filem popular Meg juga tidak dapat dikenal pasti.
Ramai berpendapat bahawa lelaki itu bukan Jason Statham, bintang Hollywood yang terkenal seperti didakwa Planet Report HQ.
Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai dan mereka dilihat mula meninggalkan komen mereka.
Beberapa pengguna juga menulis komen mereka bahawa lelaki itu bukan Jason yang sebenar.
“Bukan, ia bukan Jason,” tulis seorang pengguna.
“Itu bukan Jason,” tulis seorang pengguna lagi menafikan bahawa lelaki itu adalah Jason Statham.
π΄ BREAKING NEWS | πΊπΈ
Jason Statham, the Hollywood actor, proudly displays the Palestinian flag on his car.#JasonStatham | #Hollywood | #Palestine | #FreePalestine | #Car pic.twitter.com/UPnOP65QR3— Breaking News (@PlanetReportHQ) October 24, 2023
Sumber: X/@PlanetReportHQ