Siakap Keli

Farmasi Alpro Sugi Ala Jepun Pertama Dibuka Di Malaysia

Penantian kini sudahpun berakhir! Bermula esok, pengguna di Malaysia kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah seperti kedai farmasi di Jepun tanpa melibatkan sebarang kos perbelanjaan penerbangan di Farmasi Alpro Sugi, Petaling Jaya.

Terletak di The Starling Mall, kedai seluas 3,888 kaki persegi ini merupakan pencapaian
usaha sama antara Sugi Holdings Co. Ltd., rangkaian farmasi terkemuka Jepun dengan 1,600 kedai, dan Alpro Pharmacy Group, syarikat induk rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Pada pratonton eksklusif bagi pihak media sahaja yang diadakan awal hari ini, Ph. Lee Yin-Chen, Pengarah Pemasaran Penjenamaan, Promosi & Perdagangan, dan juga Ketua E-
Dagang Alpro Pharmacy berkata, “Kami memahami bahawa pembelian bagi produk

penjagaan kesihatan dan penjagaan diri terdiri dari salah satu diantara jadual perjalanan
paling popular apabila melawat Jepun. Perkongsian eksklusif dengan Sugi ini membolehkan kami memperluaskan tawaran kami untuk melangkaui produk kesihatan dan kecantikan ‘Made in Japan’ yang terkenal kepada produk penjagaan kesejahteraan dan penjagaan bayi yang berkualiti dengan mudah di Malaysia.”

Selain itu, pengalaman membeli-belah di kedai farmasi Jepun yang holistik ini tidak terhad kepada warga Lembah Klang sahaja, Farmasi Alpro Sugi kedua di Malaysia juga akan membuat pembukaan kepada orang ramai di Paradigm Mall, Johor Bahru pada hujung minggu ini.

“Berpegang teguh kepada asal usul kami sebagai farmasi komuniti, kedua-dua farmasi ini
mempunyai ahli farmasi profesional yang memberi ‘Minute Consult’, iaitu akses melalui
talian di farmasi kami kepada panel doktor, serta pakar pemakanan, pakar diet, penasihat
kesihatan dan penasihat kecantikan yang sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan
kami. Farmasi ini juga dilengkapi dengan Analisis Kulit AI Lanjutan untuk mengesan pelbagaimasalah kulit, Ujian Occu-AI untuk kesihatan mata dan analisis risiko kesihatan bagi pelanggan untuk lebih memahami keperluan kesihatan dan tubuh mereka,” tambah Ph. Lee.

Bersempena dengan pembukaan baharu ini, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga
70% untuk barangan terpilih melalui ‘Daily Super Deals’. Untuk maklumat lanjut tentang
hadiah dan promosi percuma sila lawati:

Paradigm Mall

Starling Mall

Bermula dari sekarang hingga 30 November (selagi stok masih ada), pelanggan boleh
menebus ‘Belanja dan Tebus Japanese Skater Pikachu Tumblers’ dan set ‘Handkerchief
Landmarks Jepun’ di Farmasi Alpro Sugi di The Starling Mall, Petaling Jaya dan Paradigm
Mall, Johor Bahru.

Lawati Farmasi Alpro Sugi dan nikmati pengalaman penjagaan kesihatan Jepun yang tiada tandingannya!

Farmasi Alpro Sugi terletak di:
– Lot S-201B, Second Floor, The Starling Mall, Petaling Jaya. Contact number : +6019 906 7923
– Lot 3F-60, Third Floor, Paradigm Mall, Johor Bahru. Contact number : +6019 952 8923

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.