Siakap Keli
Gambar via Hello Doktor

Ini Cara Hadapi Kehilangan Tersayang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Cara Hadapi Kehilangan Tersayang

Ketika tahun bermulanya Covid-19, terdapat ramai orang yang kehilangan orang tersayang akibat virus itu.

Bila kita kehilangan seseorang, memang susah untuk kita hadapi kehidupan kita.

Setiap hari, kita bangun dan buat rutin harian yang biasa, dan kemudian kita teringat yang kesayangan kita telah tiada.

Tak kiralah disebabkan Covid-19, kemalangan atau penyakit lain. Setiap orang dalam dunia ini pasti akan mengalami kehilangan orang tersayang.

Macam mana kita nak teruskan hidup kita? Macam mana kita nak hadapi kehidupan seharian kita tanpa mereka?

Harapnya, perkongsian dari Hello Doktor ini dapat membantu anda semua.

Apa Itu Kesedihan?

Kesedihan adalah sebahagian reaksi emosi yang sihat dan normal yang berlaku apabila anda kehilangan seseorang atau sesuatu yang penting. Perasaan itu mungkin berlaku secara berperingkat . Doktor sudah mengenalpasti  5 fasa kesedihan; Penafian-Kemarahan-Rundingan-Kemurungan-Penerimaan. Setiap orang melalui fasa-fasa ini dengan cara masing-masing. Perkara yang mengingatkan anda kepada kehilangan tersebut seperti hari ulang tahun perkahwinan, kematian atau lagu kegemaran boleh menimbulkan kembali rasa sedih.

Setiap orang mengawal emosi dan perasaan dengan cara berbeza. Perasaan anda adalah unik. Berikut adalah cadangn untuk menyembuhkan luka di hati dengan cara yang sihat:
  • Mencari sokongan. Ia sangat penting untuk anda tahu bahawa adanya orang yang sentiasa di sisi sewaktu anda memerlukan sokongan. Ianya sangat membantu apabila anda bercakap dengan kawan, ahli keluarga, kaunselor atau profesional perubatan. Kumpulan sokongan juga satu cadangan yang bagus kerana setiap orang boleh mengaitkan apa yang anda rasa dalam bentuk yang pelbagai.
  • Bersabar. Proses penyembuhan sememangnya mengambil masa . Memang susah untuk membuat keputusan sewaktu anda kehilangan seseorang. Sebaiknya tangguhkan dulu keputusan penting yang perlu dibuat sehinggalah anda benar-benar bersedia.
  • Sedar diri. Hayati setiap detik yang datang, supaya anda boleh menerima kebenaran yang pahit dan mampu untuk memberi respon yang membantu diri anda sendiri.Teknik bertafakur seperti mengambil nafas dalam-dalam boleh membantu anda untuk sedar diri dan melahirkan emosi dengan baik tanpa berlebih-lebih.
  • Lahirkan perasaan anda. Mengakui  apa yang anda alami sememangnya banyak membantu, anda boleh memilih untuk menceritakan pada orang lain apa yang anda rasa atau mengiktirafnya secara peribadi sahaja.
  • Benarkan diri anda untuk bergembira.. Gelak tawa adalah penawar, tapi tidak salah untuk anda menangis. Cubalah sertai sebanyak mungkin aktiviti sosial.
  • Jaga diri anda.. Amalkan rutin hidup yang sihat, makan sebaik mungkin. Bersenam jika mampu. Elakkan alkohol dan dadah lain kerana semua itu hanya menyusahkan lagi anda untuk melepaskan kesedihan di dalam hati.
Kesedihan selepas kehilangan seseorang ibarat ‘rollercoaster’ , terkadang naik dan terkadang turun. Anda tidak akan pernah dapat melupakan kehilangan yang anda alami, tetapi seiring dengan masa, luka itu akan sembuh. Terdapat banyak cara yang sihat untuk anda berhadapan dengan kehilangan. Sekiranya kesedihan yang anda alami sukar untuk dilupakan, carilah bantuan profesional. 

Keperitan Kehilangan Orang Tersayang

Kadang-kadang, lain orang, lain cara mereka hadapi kehilangan orang tersayang. Kalau kanak-kanak yang kehilangan ibu atau bapa, mereka mungkin keliru.

Mereka mungkin akan bertanya, “Mana ibu saya? Mana ayah saya?”. Seseorang yang kehilangan anak pula, mungkin tidak dapat menerima hakikatnya lagi.

Kadang-kadang, warga emas yang mengalami kehilangan suami atau isteri, mungkin akan termenung dan bertanya kepada cucu-cucu atau anak-anak mereka,

“Atuk kita mana?” “Nenek kita mana?”

Setiap kali perkara ini terjadi, ianya pasti menyayat hati kita. Kalau ada rakan anda yang mengalami kehilangan, cubalah bantu mereka, berikan semangat kepada mereka.

Jika anda sendiri yang mengalami kehilangan seseorang, cubalah hulurkan tangan anda kepada orang disekeliling anda. Ingatlah yang anda tidak keseorangan.

Sumber: Hello Doktor

BACA JUGA: Varian Baru Covid 19, Tiga Gejala Perlu Diperhatikan

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.