Siakap Keli
ihr 2005 rundingan
Gambar: Benama

WHO CA+ & Pindaan IHR 2005 Masih Dalam Rundingan, Kedaulatan Negara Jadi Keutamaan – Dr Zaliha

WHO CA+ & Pindaan IHR 2005 Masih Dalam Rundingan, Kedaulatan Negara Jadi Keutamaan – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menegaskan bahawa isu Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) masih dalam rundingan dan belum dimuktamadkan.

Utamakan Kedaulatan Negara

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini. Ia susulan timbul kebimbangan rakyat berhubung isu berkenaan.

“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita, khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui,” tulisnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

BACA JUGA: “Sentiasa Ingat Allah Ada Dengan Kita,” Pesanan Terakhir Bad Indigo Buat Ramai Sebak

Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak & Remaja

Terdahulu, beliau memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu pelan tindakan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja, bagi mengatasi peningkatan kes kesihatan mental melibatkan golongan itu, lapor Bernama.

Katanya, peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, merupakan satu perkembangan yang membimbangkan kerana mereka merupakan pemimpin masa depan negara.

“Pelan tindakan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja akan dibangunkan, supaya masalah ini tidak menjadi semakin teruk sehingga ke peringkat membunuh diri,” ujarnya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 peringkat kebangsaan pada Ahad lalu.

Pada 14 Oktober, Dr Zaliha memaklumkan berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), seramai 424,000 orang kanak-kanak di negara ini mengalami isu kesihatan mental, sepanjang tahun lepas dan trend ini dilihat semakin meningkat pasca-COVID-19.

Sementara itu, beliau berkata literasi rakyat Malaysia mengenai kesedaran untuk menjaga kesihatan mental masih rendah dan KKM akan melaksanakan pelbagai pendekatan, supaya rakyat lebih tahu mengenai kepentingan kesihatan mental terutama ketika pandemik.

Dr Zaliha berkata orang ramai kini boleh mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan mental melalui platform digital, antaranya modul MyMinda di aplikasi MySejahtera.

“Melalui MyMinda, pengguna boleh memeriksa status kesihatan mental masing-masing dengan menjawab soalan saringan minda sihat untuk kenal pasti diri, mendapatkan bahan psikopendidikan serta akses terhadap perkhidmatan bantuan sokongan psikososial,” katanya.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.