Badrul Muhayat Disahkan Telah Meninggal Dunia
Pelakon veteran, Badrul Muhayat dilaporkan telah meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu, lapor Sinar Harian.
Berita pemergian Allahyarham itu telah dikongsikan oleh seorang rakan selebriti iaitu Anne Abdullah menerusi hantaran di Facebook miliknya sebentar tadi.
Menurut Anne, Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah penginapannya di Pulau Pinang pada pagi tadi oleh isterinya Norhayati Zulkapli.
“Jenazah masih berada di homestay di Penang dan kini menunggu proses selanjutnya. Saya difahamkan isteri Badrul dalam proses buat laporan polis.
“Badrul ditemui tidak sedarkan diri oleh isteri dia selepas isteri dia cuba kejutkan dari tidur.
“Mereka satu homestay dengan Aida Aris, jadi Aida yang maklumkan perkara ini pada saya,” katanya kepada Sinar Harian menerusi rakaman suara di WhatsApp.
Difahamkan, pelakon berusia 55 tahun itu bersama beberapa selebriti lain berada di pulau mutiara itu bagi menyertai sebuah karnival yang diadakan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Badrul dan Norhayati dikatan telah mendirikan rumah tangga pada April lalu dan masih belum sempat untuk mengadakan majlis resepsi.
Terdahulu, Badrul pernah mendirikan rumah tanggan bersama Julia Daud Badrul dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Delisha, 16, dan Badrul Hidayat, 13.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02NQk7FpuZ5XFwxRDSM7nds26wJNCbJAZhANkPAyBSD9ojxSGpdafttKw1nhgvAcPBl&id=100063469962917
Sumber: Sinar Harian