Siakap Keli
Gambar: Che Sayang Kitchen via YouTube

Bosan Makan Nasi Putih? Cuba Resepi Nasi Butter Simple Ni!

Bosan Makan Nasi Putih? Cuba Resepi Nasi Butter Simple Ni!

Nasi merupakan makanan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Nasi putih, makan dengan ayam goreng atau telur mata kerbau pun dah rasa sedap. Lagi-lagi kalau tambah kicap, kan?

Tapi, kalau hari-hari makan nasi putih pun boleh jadi bosan jugak. Sekali-sekala, nak jugak tukar selera kan? Nak jugak rajinkan diri masak nasi special sikit, macam Nasi Butter.

Haa, nak tak cuba resepi Nasi Butter ni? Jom kita cuba!

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan ialah mentega, sebiji bawang merah, empat ulas bawang putih dan satu kiub pati ayam.

Resepi ini turut memerlukan garam dan perasa, serbuk kunyit (untuk warna nasi), dua cawan air, dua cawan susu full cream dan empat cawan beras basmathi.

Cara-Cara

Cara-cara membuatnya pula, pertama sekali, bersihkan beras dulu. Kalau nak masak nasi, kenalah bersihkan dulu. Dah bersihkan, letak tepi dulu beras tu.

Potong bawang jadi setengah, gunakan setengah saja untuk dihiris. Bawang putih juga perlu dihiris. Kemudian, letak di tepi dulu.

Panaskan rice cooker anda, apabila sudah cukup panas, masukkan tiga sudu besar butter. Masukkan juga bawang-bawang yang telah dihiris tadi.

Goreng bawang sehingga layu atau naik baunya. Selepas itu, masukkan dua cawan susu full cream dan dua cawan air.

Biarkan ia mendidih sedikit dan masukkan satu kiub pati ayam, garam dan perasa secukup rasa. Bahan terakhir yang dimasukkan adalah beras tadi.

Kacaukan sedikit campuran bahan-bahan itu tadi, kemudian tutup rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

Bila nasi dah masak, Nasi Butter dah siap untuk dihidang dan dimakan! Makan dengan lauk ayam masak merah, mesti sedap! Makan dengan lauk lain pun boleh juga.

Rasa macam senang kan nak buat? Apa tunggu lagi, silalah cuba! Dah cuba tu, jangan lupa share!

Sumber: Che Sayang Kitchen via YouTube

BACA JUGA: Guna Kuali “Non Stick”, Ini Cara Mudah Buat Apam Balik Sendiri Kat Rumah

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.