Siakap Keli
Gambar via Anadolu Ajansi

Penat Tanggung ‘Bayi Tua’, Wanita Tekad Usir Anak Lelaki

Penat Tanggung ‘Bayi Tua’, Wanita Tekad Usir Anak Lelaki

Seorang wanita dari Itali telah memenangi perbicaraan di mahkamah untuk mengusir dua orang anak lelakinya yang masing-masing berumur 40 dan 42 tahun dari rumahnya.

Wanita yang berasal dari bandar Pavia di utara Itali itu sudah lama mencuba untuk menyuruh mereka keluar dari rumah keluarga berkenaan.

Ini kerana, kedua-dua anaknya itu bekerja dan mampu untuk menyewa rumah mereka sendiri. Namun, mereka sikit pun tidak memikirkan hal itu.

Mereka juga didakwa tidak mahu membantu hal kewangan mahupun kerja-kerja rumah, jadi, wanita yang sudah lanjut usia itu terpaksa membawa mereka ke mahkamah.

Anak Lelaki Dipanggil Ke Mahkamah

Kes mahkamah luar biasa itu telah diakhiri baru-baru ini oleh Hakim Simona Cartebi yang bersimpati dengan ibu berumur 75 tahun itu.

Notis pengusiran dikeluarkan untuk kedua orang anak lelaki berumur 40 dan 42 tahun itu.

Dalam keputusannya, hakim berhujah bahawa walaupun ia adalah “kewajipan ibu bapa untuk memberi nafkah” kepada anak-anak mereka sehingga mereka mencapai umur 18 tahun, perkara yang sama adalah tidak wajar apabila anak-anak berusia 40-an.

Dua orang bamboccioni (bayi tua), istilah yang pertama kali digunakan oleh seorang ahli politik Itali pada 2007 untuk mengejek orang dewasa yang masih tinggal bersama ibu bapanya, itu diberi masa sehingga 18 Disember untuk keluar daripada rumah itu.

Yang menariknya, Itali mempunyai salah satu bahagian tertinggi orang dewasa yang masih tinggal bersama ibu bapa mereka.

Menurut data dari 2022, hampir 70 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 34 tahun masih tinggal di rumah bersama ibu bapa mereka.

Namun, kes di mana notis pengusiran terhadap anak-anak seseorang untuk meninggalkan sarang sangat jarang berlaku.

Jadi, kepada yang masih tinggal bersama ibu bapa, beringatlah yang kita yang sudah dewasa boleh tampung diri sendiri.

Sekiranya masih mahu tinggal bersama mereka, paling tidak pun, bantulah dengan apa yang patut.

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: 1,000 Kucing Diselamatkan Sebelum Disembelih, Diproses Jadi Sosej

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.