Siakap Keli
pelajar sekolah kuala kangsar dibuli
Kredit Perkongsian Tular

Polis Siasat Kes Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Di Kuala Kangsar Dibuli Senior

Polis Siasat Kes Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Di Kuala Kangsar Dibuli Senior

Polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli yang membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laporan kejadian itu telah diterimanya pada 24 September lalu melibatkan tiga mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Empat di sekolah berasrama tersebut.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa dipukul empat pelajar Tingkatan Lima.

“Mangsa bagaimanapun telah dibawa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Kangsar.

“Hasil pemeriksaan ‘normal physical finding’ yang dijalankan doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambah Omar, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, di mana suspek dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

“Kertas siasatan telah pun dirujuk ke Bahagian D5 (Pendakwaan/Undang-Undang), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai bagaimanapun diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang tidak berasas berkaitan kejadian ini,” katanya.

Semalam, muat naik yang memaparkan seorang pelajar dimasukkan ke hospital telah tular di laman Instagram.

Pelajar itu dipercayai dibuli oleh pelajar senior di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak.

Selain itu, sepucuk surat rayuan terhadapan keputusan hukuman disiplin terhadap pelaku-pelaku turut tular di media sosial.

Surat keputusan itu hanya meminta pelaku-pelaku untuk berkelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.

Polis Siasat Video Tular Kes Buli Sekolah Menengah Di Ranau

Terdahulu, polis menyiasat satu video yang tular menerusi media sosial memaparkan kejadian buli melibatkan pelajar dipercayai dari sebuah sekolah menengah di Ranau.

Ketua Polis Daerah Ranau DSP Simiun Lomudin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada 3.26 petang 1 September lalu.

Siasatan sedang dijalankan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.