Siakap Keli
monsun timur laut 11 nov
Kredit: BERNAMA

Monsun Timur Laut Bermula 11 Nov Hingga Mac 2024

Monsun Timur Laut Bermula 11 Nov Hingga Mac 2024

Hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak mulai November ini hingga awal Januari 2024, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula 11 November dan berterusan sehingga Mac tahun depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah.

MetMalaysia juga memaklumkan risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut.

“Manakala pada fasa akhir Monsun Timur Laut iaitu Februari hingga Mac 2024, dijangkakan utara Semenanjung, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah dan utara Sarawak mengalami kurang hujan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

MetMalaysia turut menjelaskan keadaan cuaca panas dan kering dijangka bermula pada Mac tahun depan dan ia juga berpotensi menyebabkan berlakunya gelombang haba.

Katanya, tiupan angin Timur Laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di perairan Laut China Selatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasminya.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Monsun Timur Laut: Lebih 20,000 Anggota Bomba Bersiap-sedia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.