Siakap Keli
Gambar via AFP

Tesla Cadang Keluarkan Model Kereta Elektrik Murah Serendah RM124,000

Tesla Cadang Keluarkan Model Kereta Elektrik Murah Serendah RM124,000

Syarikat Tesla bercadang untuk mengeluarkan kereta elektrik harga murah serendah 25,000 euro (RM124,834.34) di kilangnya di Berlin, Jerman, lapor Times of India.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata demikian semasa melawat salah sebuah kilangnya di Gruenheide baru-baru ini.

Walau bagaimanapun tarikh sebenar keluaran model kenderaan murah itu masih belum ditentukan dan pihaknya enggan mengulas mengenainya.

Difahamkan kilangnya di Jerman ditugaskan untuk menghasilkan Model Y yang merupakan kenderaan elektrik terlaris di Eropah.

Sebelum ini, Musk bercita-cita untuk menghasilkan kenderaan elektrik yang lebih mampu milik tetapi menangguh rancangannya itu pada tahun 2022 kerana terdapat halangan teknologi.

Namun begitu, sumber pada September melaporkan bahawa Tesla telah menghampiri inovasi yang membolehkan die-casting kebanyakan bahagian bawah badan kenderaan elektrik berpotensi mempercepatkan pengeluaran dan mengurangkan kos.

Difahamkan ia bagi mencapai objektif pengeluaran 20 juta unit kenderaan menjelang 2030, iaitu peningkatan 10 kali ganda daripada kapasiti pengeluaran semasa dan mahu berkembang ke pasaran besar-besaran.

Tetapi, terdapat cabaran ekonomi yang dihadapi dan kadar faedah tinggi turut memberi kesan kepada permintaan kenderaan elektrik.

Ia menyebabkan Tesla dan syarikat-syarikat lain terpaksa menurunkan harga sejak beberapa bulan kebelakangan ini bagi merangsangkan jualan masing-masing.

Tesla menyasarkan untuk menggandakan kapasiti pengeluaran tahunan dari kilang Jerman kepada satu juta kenderaan.

Namun, syarikat itu tidak mengeluarkan sebarang laporan mengenai bilangan kenderaan yang dikeluarkan sejak Mac di mana ia telah dilaporkan mengeluarkan 5,000 kenderaan setiap minggu, bersamaan dengan 250,000 setahun.

Kenaikan Gaji Pekerja

Dalam pada itu, Tesla turut mengumumkan kepada pekerja mereka pada Jumaat bahawa akan berlaku kenaikan gaji sebanyak empat peratus bermula November ini.

Menurutnya pekerja sektor pengeluaran akan mendapat tambahan sebanyak RM12,000 setahun bermula Februari 2024, yang membawa maksud kenaikan 18 peratus bagi tempoh satu tahun setengah.

Menurut laporan, Kesatuan IG Metall Jerman pada 2022 melaporkan bahawa gaji Tesla adalah kira-kira 20 peratus lebih rendah daripada pembuat kereta di bawah perjanjian tawar-menawar kolektif.

Sumber: Times of India

BACA JUGA: Tesla Model 3 Mula Dijual di Malaysia, Harga Bermula RM189,000

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.