Rahsia jodoh tiada yang tahu. Ada yang sudah kenal berpuluh tahun, rupanya rakan sepermainan semasa kecil itulah jodohnya. Ada pula yang baru kenal sebulan, akhirnya bersatu di jinjang pelamin.
Kisah pertemuan ini pastinya menjadi kenangan indah hingga ke hujung usia. Ada juga yang memilih untuk mengabadikan kenangan itu di media sosial untuk tatapan pengikut masing-masing.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah pertemuan jodohnya di media sosial. Gara-gara si wanita tertinggal botol air dalam kereta pemandu e-hailing, akhirnya mereka berdua berkenalan dan jatuh cinta.
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka berdua selain berkongsi pengalaman perkenalan dengan pasangan masing-masing. Ada yang berjodohan dengan rakan sekerja, ada juga yang jatuh cinta ketika travel ke luar negara. Tak kurang juga, ada yang tertarik dengan tumbler tersebut.
Difahamkan, bagi menunjukkan solidariti dan sokongan kepada Palestin, Klubna Laleh kini tampil dengan bungkusan baru selain memberi sumbangan kewangan kepada negara bergolak tersebut.
Daripada setiap pembelian set Klubna Laleh bernilai RM68, sejumlah wang akan disumbangkan ke Palestin bagi membantu rakyat Gaza. Maklumat lanjut, anda boleh hubungi HQ mereka di sini.