Tak Payah Keluar Modal, Lelaki Tunjuk Cara Atasi Masalah Air Masuk Dalam Mesin Basuh Perlahan
Penjagaan perkakasan elektrik di dalam rumah harus dititik beratkan agar ia mampu bertahan dan dipakai lama.
Ini kerana barangan elektrik pada masa ini bernilai tinggi dan tidak semua orang berkemampuan untuk memilikinya.
Bagi mereka yang mempunyai barangan elektrik dan mempunyai masalah dengannya, anda boleh menghantarnya untuk dibaiki terlebih dahulu.
Perkara ini penting untuk dilakukan sebelum membeli barangan elektrik yang baharu.
Terkadang, barangan elektrik yang menghadapi masalah ini hanya memerlukan sedikit sentuhan daripada pakar untuk ia kembali elok berfungsi seperti sedia kala.
Bagi anda yang mempunyai kepakaran, ‘Do It Yourself‘ atau DIY adalah perkara yang paling terbaik boleh anda lakukan.
Seperti perkongsian daripada pengguna TikTok @hairulvcool ini, di mana dia telah mendapat pelanggan yang mengalami masalah dengan mesin basuh miliknya.
Menurut lelaki itu, pelanggan itu membuat aduan bahawa mesin basuh miliknya mengalami masalah air yang masuk ke dalam mesin sangat perlahan.

Namun masalah yang terjadi pada masalah itu bukan berpunca daripada masalah yang besar sebaliknya ia boleh dibaiki sendiri di rumah anda tanpa perlu mengeluarkan modal.
Tambahnya, jika masalah ini terjadi kepada mesin basuh anda, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan melihat bahagian air masuk.
Cabut dan cucikan ‘filter
Di bahagian ini terdapat sejenis ‘filter’ atau penapis air bagi mengelak daripada bahan-bahan halus atau sampah dari masuk ke mesin basuh anda.

“Bila filter ni berkeladak, penuh dengan sampah-sampah seperti pasir-pasir halus, itulah punca air masuk kecil,” kata lelaki itu.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengeluarkan penapis tadi dan cuci sehingga ia bersih lalu masukkan semula penapis tadi.

Hanya semudah itu, masalah air masuk perlahan di dalam mesin basuh anda boleh selesai dengan senangnya.
Tidak perlukan modal, anda hanya perlukan sedikit ilmu dan pengalaman daripada pakar untuk melakukannya dengan sendiri.
Semoga perkongsian pada hari ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca yang mengalami masalah yang sama seperti pelanggan lelaki di dalam video ini.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
@hairulvcool air mesin basuh masuk kecil je, ni je cara nak selesikannya.
Sumber: TikTok/@hairulvcool