Siakap Keli
Parit Raja ketukan misteri
Kredit TikTok/@ptrajaayerhitam

Detik-Detik Didakwa Ketukan Misteri Di Parit Raja Berjaya Dirakam

Detik-Detik Didakwa Ketukan Misteri Di Parit Raja Berjaya Dirakam

Kejadian misteri bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Kebanyakannya dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus dan unsur mistik yang seram mahupun menakutkan.

Terbaru, sebuah video yang memaparkan kejadian menyeramkan didakwa berlaku di Parit Raja, Ayer Hitam, Johor telah tular di media sosial.

Perkongsian kejadian misteri itu telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang bernama @ptrajaayerhitam.

Menurut perkongsian itu, rumah-rumah di kawasan tersebut didakwa mengalami kejadian menyeramkan, di mana mereka dikatakan sering menerima ketukan misteri.

“HEBOH GANGGUAN KETUKAN DI SEKITAR PARIT RAJA AYER HITAM. Rakaman tanpa suara latar dan gerak perlahan ini membuatkan penduduk mulai resah,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, rakaman video litar tertutup itu jelas kedengaran bunyi ketukan di rumah berkenaan.

Kredit TikTok

Bunyi ketukan itu juga dikatakan telah mengejutkan burung di sekitar kawasan rumah dan membuatkan haiwan itu turut berbunyi.

Berdasarkan video perkongsian itu lagi, bunyi ketukan kuat itu dikatakan berlaku pada jam 1.55 pagi pada 8 November lalu.

Kredit TikTok

Dalam video itu lagi, pemilik video itu juga mendakwa bahawa terdapat kelibat bayang-bayang yang cuba mengetuk rumah tersebut.

Beberapa buah rumah menerima ketukan misteri yang sama

Tambahnya, selang beberapa saat, rumah di sebelah juga turut menerima gangguan ketukan misteri tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kepastian yang dapat disimpulkan berkenaan kejadian ketukan misteri tersebut.

Perkongsian video itu juga telah menerima reaksi pelbagai daripada pengguna TikTok. Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan video perkongsian tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Dia orang kata, start dari Khamis malam Jumaat dan empat kali dah kena,” tulis seorang netizen yang berkongsi bahawa kejadian itu telah bermula sejak Khamis malam Jumaat lalu.

“Saya sarankan tanam pokok bidara depan dan belakang rumah. Pokok yang tajam-tajam. Kita ikhtiar, Allah yang tentukan,” tulis seorang netizen yang memberi cadangan jika insiden itu berkaitan dengan kejadian mistik.

“Taubat nak lepak balik pagi buta,” tulis seorang netizen yang berasa seram dengan kejadian itu.

@

♬ –

Sumber: TikTok/@ptrajaayerhitam

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.