Siakap Keli
Akui Masih Trauma, Iman Troye Terlibat Dalam kemalangan
Kredit: Instagram

Iman Troye Akui Masih Trauma, Terlibat Kemalangan Awal November

Iman Troye Akui Masih Trauma, Terlibat Kemalangan Awal November

Penyanyi, Iman Troye mengakui masih trauma selepas terlibat dalam satu kemalangan pada awal November lalu.

Artis berusia 20 tahun itu berkongsi berita duka dan situasi yang dialaminya ketika itu dalam beberapa hantaran di Instagram Story, hari ini.

Menurut Iman, kemalangan berkenaan berlaku pada 1 November ketika memandu kereta dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Keadaan hujan yang turun dengan lebat itu menyebabkan permukaan jalan raya licin dan dipercayai menjadi punca kereta yang dipandunya hilang kawalan.

“Saya kemalangan baru-baru ini. Hujan lebat dan jalan licin, jadi kereta hilang kawalan.

BACA: Selepas Lebih 10 Tahun Menanti, GTA 6 Bakal Diumumkan Minggu Ini

Kemalangan tersebut menyebabkan penyanyi tersebut mengalami kecederaan ringan dan pendengaran telinga kanan sedikit terjejas

Sungguhpun begitu, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan parah.

Beliau memberitahu bahawa kemalangan tersebut turut memberikan kesan sementara terhadap pendengaran pada telinga kanannya.

“Alhamdulillah selamat, tak ada kecederaan teruk cuma kepala terhentak ke tingkap kereta, kaki bengkak dan telinga kanan berdesing.

“Lepas berdesing terus tak dengar apa-apa. Esoknya, pendengaran kanan saya kurang dari kiri. Namun, sekarang alhamdulillah semuanya baik sahaja.

Dalam kemalangan terbabit, kereta miliknya, yang telah diberikan nama ‘Baby Noah’ telah mengalami kerosakan pada bahagian tayarnya.

“Cuma Baby Noah sudah ‘tempang’,” kongsinya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, pelantun suara lagu Nang (2021) itu mengakui bahawa dirinya masih trauma untuk memandu kereta selepas insiden terbabit.

“Sekarang memang tak berani nak memandu sendiri. Memang 100 peratus bergantung pada perkhidmatan e-hailing, keluarga atau rakan (untuk bergerak ke mana-mana),” jelasnya.

BACA: Ramai Tertanya-tanya, Selepas Generasi X, Y & Z, Generasi Apa Pula? Ini Jawapannya

Sumber: Sinar Harian, imantroye via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.