Siakap Keli
penutupan omegle
Kredit Yahoo News

Laman Web “Video Chat” Popular, Omegle Umum Penutupan Lepas 14 Tahun Beroperasi

Laman Web “Video Chat” Popular, Omegle Umum Penutupan Lepas 14 Tahun Beroperasi

Omegle, sebuah laman web video chat online popular yang menghubungkan dengan orang asing secara rawak telah mengumumkan penutupannya setelah 14 tahun beroperasi.

Pengasas Leif K-Brooks mengumumkan penutupan itu pada hari Rabu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web tersebut.

Dalam kenyataan itu, beliau menulis bahawa Omegle telah digunakan “untuk meneroka budaya asing, mendapatkan nasihat tentang kehidupan mereka daripada pihak ketiga yang tidak berat sebelah.”

Selain itu, beliau juga menambah bahawa platform itu cuba berusaha untuk memerangi pemangsa kanak-kanak.

“Saya tidak boleh kata tiada akaun yang jujur dan mengakui bahawa sesetengah orang menyalahgunakannya, termasuk untuk melakukan jenayah keji,” tulis K-Brooks.

Dilancarkan pada tahun 2009, laman web itu pada mulanya meraih populariti dalam kalangan remaja dan kekal sebagai platform sembang video yang sedikit terasing.

Selepas bertahun-tahun, Omegle telah berdepan dengan dakwaan sebagai tempat terjadinya banyak kes pornografi kanak-kanak dan penderaan lain.

Difahamkan, popularitinya merundum selepas tercetusnya platform popular baharu seperti TikTok dan YouTube pada tahun 2020.

Tidak lama selepas pelancaran Omegle, syarikat itu dihimpit dengan masalah berkaitan gejala penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Omegle telah disebut dalam banyak penerbitan Jabatan Kehakiman yang membicarakan hukuman terhadap suspek yang disabitkan dengan jenayah seks.

Laman web itu telah disaman pada 2021 kerana didakwa mempunyai ‘produk reka bentuk yang rosak’ dan membenarkan pemerdagangan seks.

Ia berlaku selepas perkhidmatan itu memadankan seorang gadis 11 tahun dengan seorang lelaki yang kemudiannya menderanya secara seksual.

Carrie Goldberg yang mewakili gadis itu berkata penutupan Omegle adalah hasil pengantaraan antara platform itu dengan pelanggannya.

Menurut BBC, platform itu telah disebut dalam lebih daripada 50 kes terhadap pedofil dalam dua tahun kebelakangan ini.

Dalam pada itu, K-Brook menulis lagi bahawa Omegle mempunyai “AI yang canggih” dan kumpulan moderator yang bekerja di belakang tabir untuk memerangi penyalahgunaan platform.

K-Brook mengucapkan terima kasih kepada pengguna

“Pengoperasian Omegle tidak lagi mampan, dari segi kewangan atau psikologi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menggunakan Omegle untuk tujuan positif.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat terus berjuang untuk kamu semua,” katanya.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Setakat Khamis, video dengan hashtag Omegle telah ditonton di TikTok sebanyak lebih 11.4 bilion kali.

Pengumuman penutupan itu telah membuatkan ramai pengguna mula mengimbau kenangan indah mereka semasa menggunakan platform tersebut.

Sumber: NBC News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka