Siakap Keli
Perhimpunan Agung PBB lulus undi
Kredit BERNAMA

Perhimpunan Agung PBB Lulus Undi Sahkan Kedaulatan Palestin Terhadap Sumber Asli

Perhimpunan Agung PBB Lulus Undi Sahkan Kedaulatan Palestin Terhadap Sumber Asli

NEW YORK, 10 Nov (Bernama-WAFA) — Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly’s Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.

Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Resolusi itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.

Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan bahawa pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Resolusi itu turut menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.

Sumber: BERNAMA-WAFA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.