“Confirm” Jadi, Wanita Kongsi Resipi Mudah Nak Buat Tanghulu “Viral”
Bercakap sahaja berkenaan negara Korea Selatan, pasti ramai yang sudah membayangkan wajah-wajah ‘oppa’ kacak dan K-pop.
Tidak dapat dinafikan lagi, nama negara ini sering meniti di bibir-bibir masyarakat di seluruh dunia.
Apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan negara Korea Selatan ini pasti akan menjadi viral atau tular.
Terbaru, sejenis makanan yang dinamakan sebagai Tanghulu telah menjadi tular dan ramai tidak melepaskan peluang untuk mencuba menyediakannya.
Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan resipi mudah ‘tanghulu’ anti-gagal buat semua pembaca SK.
Perkongsian resipi mudah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @cookedbyiman.
Menurut wanita itu, untuk menyediakan menu ini bahan-bahan yang diperlukan adalah gula, corn syrup dan buah-buahan.

Langkah yang pertama adalah dengan membasuh buah-buah yang ingin digunakan sehingga bersih menggunakan air yang dicampur dengan sedikit garam.
Disebabkan menu ini manis, buah yang mempunyai rasa masam seperti strawberi, anggur dan limau adalah antara buah yang paling sesuai untuk dipilih.
Sementara membasuh buah-buahan, anda boleh masak air gula mengikut sukatan gula dua cawan, air satu cawan dan ‘corn syrup’ setengah cawan.

Cucuk buah yang sudah dibasuh tadi menggunakan lidi mengikut citarasa dan pilihan buah yang anda mahukan. Yang paling penting adalah pastikan buah tadi kering dan letak tepi untuk seketika sambil menunggu gula cair.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Selain itu, anda juga perlu sediakan satu bekas yang diisi ais dan sedikit air bagi menyempurnakan tanghulu anda.

Apabila gula sudah cair, ambil buah yang sudah dicucuk lidi tadi lalu saluti dengan air gula tersebut.
Selepas air gula diyakini sudah menyaluti buah, masukkan buah tadi ke dalam bekas yang berisi ais dan air tersebut.
Proses rendaman air ais ini adalah penting bagi memastikan gula mengeras dan tidak liat.
“Bila dah mendidih, likat macam ni kita cubalah. Kita kacau-kacau dan salut gula ni dengan buah. Kita celup dalam air batu, kalau dia dah beku dan crunchy dah siap la maknanya tu.” jelas wanita tersebut.
Macam mudah ja resipi dan cara dia, nanti boleh la cuba dekat rumah. Semoga resipi ini dapat memberikan anda manfaat dan ilmu.
@cookedbyiman TANGHULU ( Fruit Candy ) Bahan-bahan Sos : 2 cawan gula 1 cawan air 1/2 cawan Corn Syrup Bahan lain : Strawberry Anggur Bekas di isi ais dan sedikit air Baking paper Lidi satay #cookedbyiman #tanghulu #chinesedessert #fypage #resepitiktok #tanghulurecipe
Sumber: TikTok/@cookedbyiman