Kenapa Langgar Orang Sampai Mati Tapi Dapat Bebas? Ini Jelas Peguam
Sistem perundangan diperlukan oleh sesebuah negara untuk membentuk kehidupan masyarakat yang teratur. Apabila kehidupan masyarakat mula teratur maka ia akan menjadi sebuah peradaban.
Demi memastikan keteraturan sosial, sistem perundangan tidak boleh ditinggalkan dan undang-undang tersebut mestilah mempunyai hala tuju yang jelas.
Bagaimanapun, masih ramai yang samar-samar tentang sistem perundangan yang ada di negara kita, lebih-lebih lagi melibatkan undang-undang mahkamah.
Pun begitu, peguam Mufarwa Farid telah menjelaskan undang-undang tersebut dalam satu hantaran beliau di Facebook baru-baru ini.
Telusuri penulisan di bawah ini untuk lebih memahami tentang perundangan berkaitan dengan kemalangan. Semoga bermanfaat untuk semua.
BACA: Kongsi 17 Petua Memasak, Wanita Dedah Cara Berguna Untuk Hasilkan Makanan Sedap
1. Kenapa langgar orang sampai mati tapi dapat bebas?
Dia bebas dengan jaminan polis, bukan maksud bebas terus. Dia dibebaskan sementara polis cukup bukti dan sementara kertas siasatan dibawa ke Pejabat Pendakwaraya.
2. Kenapa ada orang kena reman, ada orang tidak kena?
Sebab reman adalah penahanan untuk pihak polis lengkapkan bukti dan kertas siasatan. Selagi belum lengkap, selagi itulah orang itu direman.
Kalau sudah lengkap, contohnya dashcam pun jelas, saksi pun ada buat laporan, maka polis boleh lepaskan sementara suspek tu sampailah suspek dituduh di mahkamah.
Jadi, ada orang tidak kena reman sebab bukti dan keterangan sudah cukup tanpa pihak polis tahan suspek lagi.
Ada orang, masih kena reman sebab ada lagi maklumat yang pihak polis inginkan daripada suspek.
3. Senanglah lepas sebab ada kad OKU kan?
Bila masa pula ada kad orang kurang upaya (OKU) boleh lepas?
OKU macam mana pun, dia tidak akan dilepaskan. Ada kad OKU ini, tidak membantu banyak pun nak terlepas tuduhan atau hukuman, lebih-lebih lagi jika tuduhan itu tiada kena-mengena dengan kekurangan yang dia ada.
4. Sebab dia bangsa lain, mudahlah dia dilepaskan, betul tak?
Kalau anda berada dalam dunia perundangan, sebenarnya benda ini tidak betul sama sekali.
5. Kalau ada duit semua selesai, betul?
Wallahualam. Bukan senang-senang hakim nak buat keputusan.
Sebab kalau dia buat keputusan berdasarkan duit, kes tu akan dirayu, dan mahkamah lebih tinggi akan check apa-apa kejanggalan dalam keputusan hakim tu.
Kalau terbukti ada unsur penyalahgunaan kuasa, memang masak hakim tu.
https://www.facebook.com/mufarwafarid7/posts/pfbid033ZEPLTvGMTiNLX7FVsUEevHX5h5xik8aTC4CyAFepmoBQYC6vYMuyU6rotpLCMoQl
Sumber: Mufarwa Farid/Facebook