90 Peratus Wanita Berpendapat Lelaki Botak Lebih Seksi – Tinjauan
Satu tinjauan yang dilakukan di Britain mendapati bahawa sembilan daripada 10 wanita berpendapat lelaki botak adalah lebih menarik dan seksi, lapor Daily Star.
Tinjauan yang dilakukan oleh laman kaji selidik online, Reboot ke atas 2,000 wanita mengesahkan keputusan tersebut.
Berdasarkan tinjauan itu, Putera William telah ditabalkan sebagai lelaki berkepala botak paling seksi mengatasi pelakon Vin Diesel dan Jason Statham.
Jurucakap Reboot yang menjalankan tinjauan itu berkata: ““Kami meneliti dengan terperinci faktor kilauan kepala, daya tarikan suara dan minat pencarian global untuk menghasilkan ranking baharu bagi lelaki botak paling seksi di dunia.”
Sementara itu, pelakon Samuel L Jackson pula menduduki tempat keempat diikuti bos jutawan Amazon, Jeff Bezos di tempat kelima.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Selain itu, Steve Jones dari Hasting berkata bahawa dia menjadi kelihatan menarik di mata wanita sejak dia mula berkepala botak.
“Saya menjadi botak sejak awal 30-an. Saya mengakui bahawa sebaik sahaja kehilangan rambut, saya tiba-tiba kelihatan sangat menarik di mata wanita..
“Ia bukan sesuatu yang saya jangkakan, tetapi nampaknya wanita benar-benar menyukai lelaki botak,” kata lelaki itu.
Tinjauan dibuat selepas orang lelaki merasakan keguguran rambut sebagai halangan untuk bercinta
Tinjauan itu dilakukan selepas satu laporan berita pada tahun lepas melaporkan bahawa tiga perempat lelaki merasakan keguguran rambut menghalang mereka untuk bercinta.
Dalam laporan tersebut, seramai 800 lelaki telah berkongsikan berkenaan masalah itu.
Sebanyak 73 peratus daripadanya mendakwa bahawa mereka malang dalam percintaan selepas kehilangan rambut.
Dr Furqan Raja, pakar pemindahan rambut untuk The Private Clinic of Harley Street yang menjalankan penyelidikan itu berkata: “Kebanyakan lelaki bimbang tentang janji temu, tetapi kehilangan rambut telah membuatkan mereka lebih cemas.
“Imej yang dikongsikan di media sosial telah menimbulkan pandangan yang tidak realistik. Kami dapati ramai membandingkan diri mereka dengan sesuatu yang sempurna,” kata Dr Furqan.
Tambahnya, isu keguguran rambut boleh dikaitkan dengan kesan psikologi terhadap keyakinan diri. Terutamanya ciri fizikal adalah sesuatu yang sering diperhatikan oleh orang ramai.
Sumber: Daily Star