Ada Biru, Hijau & Putih, Ini Rupanya Maksud Setiap Warna Penutup Botol Air
Setiap hari, badan kita memerlukan air untuk kekal terhidrasi lebih-lebih lagi cuaca di Malaysia sentiasa panas dan lembab. Disebabkan itu, kita disarankan untuk mengambil air kosong (tanpa gula) bersamaan lapan gelas sehari tidak kira berada di mana-mana sahaja.
Apatah lagi bagi individu yang melakukan aktiviti luar. Sekiranya terlupa membawa air sewaktu keluar rumah, kita juga boleh membeli botol air minuman di kedai-kedai dan pasar raya.
Setiap kali nak beli air di kedai tentunya anda perasan terdapat beberapa perbezaan warna penutup botol air yang hendak dibeli. Ada yang berwarna biru, putih dan hijau.
Namun, pernahkah anda terfikir apakah maksud warna disebalik penutup botol air ini?
Sehubungan itu, SK akan berkongsikan info bermanfaat ini yang mungkin masih ramai di luar sana belum mengetahuinya.
Ada Apa Dengan Jenis-Jenis Warna Penutup Botol Air?
Sebenarnya setiap warna pada penutup botol mempunyai sebabnya yang tersendiri iaitu dari segi pengambilan air.
Lazimnya, penutup botol air mempunyai tiga warna yang berbeza iaitu, hijau, biru dan putih.
BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”
Warna Hijau

Bagi penutup botol air yang berwarna hijau, ia bermaksud air mineral semulajadi yang diambil di bawah tanah dan kaya dengan mineral.
Disebabkan itu, harga sebotol air ini sedikit mahal berbanding air lain. Botol air ini juga dilabelkan sebagai air mineral.
Warna Biru

Seterusnya, penutup botol berwarna biru pula ditakrifkan sebagai air bawah tanah sama seperti penutup hijau. Walau bagaimanapun, ia perlu menjalani proses penyulingan terlebih dahulu.
Dari segi harga, botol air ini dianggap tidak terlalu mahal (sederhana) dan masih dikategorikan sebagai ‘Air Mineral’.
Warna Putih

Bagi botol air berpenutup putih berbeza dengan dua botol air di atas. Kenapa berbeza? Hal ini kerana ia menggunakan air paip yang ditadah sebelum menjalani proses penyulingan.
Disebabkan keaslian (identiti) air semulajadi ini sudah hilang, harga yang ditawarkan juga lebih murah dan dilabelkan sebagai air minuman sahaja.

Semoga bermanfaat.