Siakap Keli
sticker bil air melangit

Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Seperti yang diketahui, air adalah satu sumber penting yang digunakan dalam kehidupan harian.

Boleh dikatakan setiap hari, air digunakan dalam aktiviti harian seperti mandi, membasuh pinggan, mencuci pakaian, membasuh kereta, minuman dan banyak lagi.

Oleh itu, pentingnya langkah penjimatan air dilaksanakan dalam memastikan sumber tidak ternilai ini dipelihara khususnya bekalan air bersih yang semakin berkurangan, 

Penggunaan peralatan air yang tidak cekap air boleh mengundang kepada pembaziran sumber ini secara berlebihan dan secara tidak langsung juga menambahkan lagi beban pemilik rumah.

“Mana tidaknya, bayaran bil air bulanan juga makin meningkat”

Jadi, pentingnya, pemilik rumah memeriksa terlebih dahulu setiap barangan yang hendak dibeli itu sama ada ia dapat menjimatkan air (cekap air) ataupun tidak.

Sebab itulah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengambil satu pendekatan dengan mewujudkan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA).

Apa itu SPPCA?

Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) atau Water Efficient Product Labelling Scheme (WELPS) merupakan satu usaha yang dilakukan oleh SPAN.

Skim ini terbuka terhadap mana-mana syarikat untuk mendaftar dan melabelkan produk mereka secara sukarela sebagai produk cekap air mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SPAN.

Menerusi label SPPCA ini, ia dapat menberikan maklumat terhadap pengguna tentang penarafan kecekapan produk air.

Oleh itu, pengguna akan mengambil kira terlebih dahulu faktor ini dan ia dapat mempengaruhi keputusan mereka sewaktu pembelian.

Matlamat SPPCA Diperkenalkan

Umumnya SPAN mengambil pendekatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ketersediaan produk cekap air, selain menggalakkan penggunaan air yang sihat dalam kalangan pengguna.

Bukan itu sahaja, SPPCA juga mempromosikan gaya hidup hijau dengan penggunaan produk cekap air, menggalakkan pembekal dalam pembangunan dan pemasaran produk cekap air di Malaysia serta untuk memotivasikan pengenalan teknologi kos efektif dan cekap air di negara ini. 

Sebab itulah SPAN hadir dengan lima produk di bawah SPPCA iaitu pili air (termasuk pili basin, pili sinki, pili pancuran mandi dan pili wuduk), tangki tandas dwi simbahan, peralatan urinal, pancuran mandi dan mesin basuh. 

Macam Mana Nak Tahu Produk Tu Ada Label SPPCA?

Caranya senang sahaja, label SPPCA tersedia dalam dua versi iaitu penuh dan ringkas.

Untuk versi penuh, label adalah bersaiz 15.5cm x 9.5cm dilekatkan pada label pembungkusan produk. 

Versi penuh 15.5cm x 9.5cm

Manakala label versi ringkas mempunyai dua saiz iaitu 10cm x 6cm dan 5cm x 2.5cm yang dilekatkan atau digantungkan pada produk.

Versi ringkas 10cm x 6cm

 

sticker bil air melangit

 5cm x 2.5cm

sticker bil air melangit

Selain itu, ia juga memaparkan penarafan bintang cekap air dengan nombor pendaftaran SPPCA berhubung maklumat produk seperti jenama, model dan penggunaan air.

BACA JUGA: Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari

Setiap produk akan mempunyai tiga tahap penilaian cekap air (bintang).

Bermula dari satu bintang menunjukkan produk tersebut adalah cekap air. Dua bintang pula bermaksud produk tersebut sangat cekap air. Tiga bintang memaparkan produk itu dilabel paling cekap air.

Penggunaan produk cekap air seperti yang disenaraikan oleh SPAN ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang pembaziran air dan bil air melambung.

“Kalau tak guna barangan cekap air tentu berlaku banyak pembaziran air di rumah, lagi-lagi yang mempunyai ramai ahli keluarga.”

Oleh itu, penjimatan air sangat penting kerana air adalah sumber yang tidak ternilai. Nak tahu lebih lanjut tentang SPPCA boleh klik di sini.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"