Siakap Keli

Peluasan Strategik: TalentCorp Memperkukuh Jejak Serantaunya Di Negeri Johor

Kuala Lumpur, 15 November – Dengan memperkenalkan Zon Ekonomi Khas Singapura-Johor dan Pelan Induk Digital Johor 2030, Johor bersedia untuk merangsang ekonominya dan ia dijangka akan melonjak dengan ketara. Sebagai negeri yang mendahului carta penarikan pelaburan, Johor telah memperoleh pendapatan menerusi pelaburannya sebanyak RM70.6 bilion pada 2022 dan masih berpegang teguh pada trajektorinya untuk mencapai matlamat pembangunannya.

Sebagai bukti masa depan Johor yang berperanan penting dalam pertumbuhan Malaysia, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) telah melancarkan pejabat sulungnya di wilayah selatan pada 14 Oktober lalu. Pejabat yang mempunyai kedudukan strategik ini, terletak di Pusat Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTMCC). Ia melambangkan pencapaian penting bagi TalentCorp dan komitmennya untuk memupuk pembangunan bakat di Johor.

Pejabat tersebut telah dilancarkan dan disempurnakan oleh YBrs. Puan Tazrina Ahmad, Pengurus Besar, Unit Strategik Modal Insan Johor bagi pihak YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi, dan Sumber Manusia Johor pada hari ini bersama Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, dan Prof Dr Rosli bin Md Illias, Timbalan Naib Canselor UTM.

Di dalam ucapan YB Tuan Mohd Hairi yang dibacakan oleh YBrs. Puan Tazrina Ahmad, turut memuji usaha TalentCorp serta menyatakan keterujaannya dengan menekankan bahawa pelancaran pejabat sulung TalentCorp di wilayah selatan mencerminkan keyakinan yang kuat di negeri ini dengan potensi pertumbuhan pada masa hadapan.

“Pejabat satelit baharu itu akan membantu Johor mempergiatkan kerjasama antara agensi negeri dan Kerajaan persekutuan selaras dengan objektif Maju Johor 2030, khususnya untuk pembangunan ekosistem bakat Johor,” katanya.

Sejak Agensi tersebut ditubuhkan pada 2011, TalentCorp telah memulakan aktiviti di kedua-dua wilayah Utara dan Selatan. Dengan peningkatan pelaburan yang masuk ke kedua-dua wilayah ini, agensi itu membuka pejabat di Pulau Pinang pada bulan Mac 2022, dan kini di Johor untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih menumpukan dari aspek mempergiatkan kerjasama dalam kalangan Industri, Institusi Pendidikan dan Kerajaan untuk pembangunan bakat.

Encik Thomas Mathew, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp menekankan tentang potensi Johor untuk sebagai penyumbang utama kepada KDNK negara menjadi sebab utama tumpuan agensi itu ke Johor untuk memperkukuh usaha pembangunan bakatnya.

“Dalam tahun 2023 ini, kami telah menganjurkan dua bengkel Kerjasama Industri-Academia (IAC) di Johor serta memperkenalkan Senarai Pekerjaan Kritikal (MyCOL) peringkat negeri yang pertama, dan melancarkan Geran Kebolehkerjaan Graduan mynext TalentCorp, di mana UTM merupakan penerima pertama dana tersebut untuk menganjurkan aktiviti untuk pelajar mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat pelbagai langkah intervensi yang sedang dijalankan oleh Kerajaan melalui TalentCorp dan Kerajaan Negeri khususnya bagi menambah baik sistem sokongan dalam memperkasa institusi pendidikan negara dengan pemantapan program TVET dan latihan sambil bekerja.

“Pejabat satelit TalentCorp baharu di Johor adalah komitmen berterusan kami untuk mencipta nilai strategik dari segi pembangunan bakat di rantau ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang TalentCorp dan inisiatifnya, sila layari www.talentcorp.com.my.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.