Siakap Keli
cara tanam bawang
Kredit: TikTok

Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Bawang merupakan satu bahan masakan yang lazim dalam masakan orang Asia, termasuklah hampir dalam semua masakan di Malaysia.

Bawang yang ditumis memang diketahui ramai dapat memberikan aroma yang tersendiri dan rasa manis semula jadi dalam setiap juadah yang disediakan.

Maka tak hairanlah jika diperhatikan dalam hampir semua resepi yang ada, bawang adalah salah satu ramuan utama yang perlu disediakan.

Dengan ini, kita dapat melihat kepentingan bawang dalam masakan dan mengapa bawang adalah antara bahan masakan yang cepat habis di pasar raya.

Akan tetapi, alangkah indahnya kalau bawang ditanam di tepi dapur dan diambil sahaja untuk memasak, tidak perlu lagi ke kedai, kan?

Sebenarnya, kita boleh menanam sendiri bawang di rumah, tidak kira sama ada anda tinggal di kondominium mewah atau apartment biasa. Bawang adalah tumbuhan yang unik dan boleh ditanam di dalam pasu kecil dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk tumbuh dengan baik.

Cara tanam bawang berbeza akan keluarkan hasil yang berbeza.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Abang Salai (@abangsalai) telah berkongsi cara untuk menanam bawang di rumah.

Sebelum menanam bawang, anda perlu sediakan campuran tanah yang terdiri dari baja kompos, baja organik dan pasir sungai serta pasu yang berongga.

Hal ini bagi mengelakkan tanah menjadi liat dan menyimpan banyak air lalu menyebabkan pokok bawang cepat lembik dan layu.

Seterusnya, anda perlu memotong bawang pada bahagian atas seperti gambar di bawah.

tanam bawang
Kredit: TikTok

Pada bahagian bawah ataupun akar pula, anda hanya perlu memotongnya sedikit sahaja.

cara tanam bawang
Kredit: TikTok

Selepas memotong bahagian tersebut, letakkan bawang berkenaan pada atas tanah dan benamkan sehingga mencapai paras tiga per empat pasu.

Kemudia, letak pasu di kawasan yang tidak terdedah kepada air hujan. Disebabkan tumbuhan ini memerlukan kuantiti air yang sedikit sahaja, anda juga hanya perlu menyiram pokok bawang sekali dalam sela masa dua atau tiga hari.

Elak daripada memetik daung bawang yang tumbuh kerana boleh merencatkan tumbesaran bawang atau lebih teruk, bawang tidak menjadi.

“In shaa Allah, dua bulan setengah, dia akan keluar bawang,” kata Abang Salai.

Menurutnya, paling sedikit hasil bawang yang dapat dituai dalam lingkungan dua biji. Manakala, hasil tuaian paling banyak boleh mencecah sehingga 10 hingga 12 biji.

Kita boleh mengetahui sama ada bawang sudah boleh dituai dengan melihat keadaan daun bawang yang sudah bertukar warna kepada warna keperangan, lembik dan mulai layu.

Akan tetapi, kalau kita tersalah potong?

Persoalannya, apa yang akan jadi kalau kita terpotong bawang pada yang salah, iaitu membuat keratan pada bahagian bawah dan memotong sedikit pada bahagian atas?

Adakah tanaman ini tidak akan menjadi atau sebaliknya? Jawab Abang Salai, tanaman bawang masih menjadi tetapi mengeluarkan hasil yang berbeza.

Versi ini tidak akan mengeluarkan bawang, tetapi akan mengeluarkan daun bawang. Selain itu, kita boleh mengambil daun bawang daripada tanaman versi ini berkali-kali, tidak seperti versi yang sebelumnya.

Dengan erti kata lain, cara tanaman bawang yang berbeza akan menghasilkan hasil tuaian yang berbeza.

Untuk memahami lebih lanjut, anda boleh tonton video-video Abang Salai berkenaan tanaman bawang di bawah.

@abangsalai

Tips tanam bawang, die ada 2 cara ye sahabat, tanam untuk dapatkan bawang dan tanam untuk dapatkan daun bawang, untuk part 1 abang salai tunjukkan cara tanam untuk dapatkan bawang, part 2 nanti abang salai tunjukkan cara untuk dapatkan daun bawang.

♬ original sound – AbangSalai – AbangSalai

@abangsalai

Tips tanam bawang part dua, untuk mudah faham , cara untuk kita semai bawang untuk dapatkan bawang. Untuk semai bawang dapatkan daunnya sahaja nanti abang salai ceritakan di part yang ketiga

♬ original sound – AbangSalai – AbangSalai

@abangsalai

Part terakhir untuk tips tanam bawang, harap ilmu ni bermanfaat kepada sahabat.

♬ original sound – AbangSalai – AbangSalai

 

BACA: Cameron Highlands Mendunia, Diiktiraf Antara 51 Tempat Tercantik Di Dunia

Sumber: Abang Salai via TikTok

 

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma