Siakap Keli
berkelah ular tedung
Kredit TikTok/@trb_p1990

Pengunjung Kawasan Berkelah Panik, Lari Bertempiaran Nampak Ular Tedung Melintas

Pengunjung Kawasan Berkelah Panik, Lari Bertempiaran Nampak Ular Tedung Melintas

Sebuah video yang memaparkan seekor ular tedung mengejar empat perumpuan sedang berkelah tular di media sosial Indonesia.

Memetik Merdeka, kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan berkelah Leang Londrong, Kecamatan Minasatene, Kabupaten, Indonesia.

Perkongsian video itu telah dilakukan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @trb_p1990.

Menerusi video berdurasi 30 saat itu, pada mulanya sekumpulan wanita dan lelaki dapat dilihat sedang berkelah di bawah sebatang pokok besar yang rendang.

Kredit TikTok

“Kemunculan ular tedung di wilayah Sulawesi Selatan, Kabupaten Pangkep,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Berdasarkan video itu lagi, tampak salah seorang lelaki menjerit memberi amaran bahawa terdapat seekor ular di sekitar kawasan itu kepada sekumpulan perempuan tersebut.

Kredit TikTok

Dalam pada itu, Ketua Kampung Panaikang, Daerah Minasatene, Muh Arif berkata bahawa dia telah mengambil tindakan berhubung video tular tersebut yang dikatakan berlaku di Lean Londrong.

Video tersebut bukan berlaku di Leang Londrong

Sementara itu, semasa pertemuan Merdeka dengan Bhabinkamtibmas, KPE Leang Londrong dan wakil Daerah Minastene, mereka telah menafikan kejadian tersebut.

“Mesyuarat Bhabinkamtibmas Kampung Panaikkang dan Pengerusi KPE Leang Londrong serta ahli jawatankuasa dari mukim Minasetene telah diadakan. Mereka memberitahu bahawa berita di media sosial yang mengatakan ada ular tedung itu bukan berlaku di Lean Londrong,” beritahu mereka.

Menurut Arif, video tular yang mengatakan kejadian tersebut berlaku di Leang Londrong adalah palsu.

Arif juga memberitahu bahawa dia tidak mengenali pengunjung perempuan dan lelaki yang berada di dalam video tersebut.

Susulan penyebaran video itu, orang ramai telah meninggalkan komen mereka berkenaan kejadian seram tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Saya faham bagaimana perasaan ketika itu. Saya pun pernah merasai pengalaman seperti itu. Alhamdulillah adik-adiknya semua selamat kan?” tulis seorang netizen yang bertanyakan keadaan sekumpulan wanita tersebut.

“Kalau jadi dekat aku, terus nak balik ja,” tulis seorang netizen lagi.

“Semoga semua selamat dan sihat. Amiin,” tulis seorang netizen mendoakan keadaan sekumpulan wanita itu.

@trb_p1990

kemunculan ular cobra pertama di wilayah ini di Sulawesi Selatan kabupaten Pangkep #fypシ

♬ suara asli – 𝙋𝙞𝙪 𝙥𝙞𝙪 – ᵀᵃʲᵘᵏ ᴿᵉⁿᶜᵃⁿᵃ

Sumber: Merdeka, TikTok/@trb_p1990

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.