Siakap Keli
Kami Rita Sherpa
Kredit AFP

Digelar “Raja Gunung Everest”, Kenali Kami Rita Sherpa Penakluk Gunung Tertinggi Dunia 28 Kali

Digelar “Raja Gunung Everest”, Kenali Kami Rita Sherpa Penakluk Gunung Tertinggi Dunia 28 Kali

Bagi penggemar aktiviti lasak pendakian gunung, sampai ke puncak tertinggi gunung Everest adalah merupakan impian setiap pendaki.

Tidak semua orang mempunyai stamina atau nekad yang kuat untuk sampai ke puncak gunung tertinggi dunia itu. Apatah lagi untuk mengulangi pendakian berkenaan beberapa kali dan mencipta rekod dunia.

Berbeza dengan pendaki ini, di mana dia telah mencipta sejarah menjadi satu-satunya individu sampai ke puncak gunung Everest sebanyak 28 kali.

Sebelum kita mengenali pendaki berkenaan, Kami Rita, mari kita ketahui dahulu serba sedikit berkenaan gunung tertinggi tersebut.

Di mana lokasi gunung Everest?

Gunung Everest adalah merupakan sebuah gunung yang terletak di Himalaya di selatan Asia. Gunung itu terletak di sempadan antara negara Nepal dan wilayah autonomi Tibet China.

Gunung itu memiliki ketinggian 29,032 kaki atau 8,849 meter, ketinggian yang cukup untuk dinobatkan sebagai gunung tertinggi di dunia.

Kredit AFP

Sehingga 2017, lebih 7,600 orang pendaki telah sampai ke puncak gunung itu. Malangnya, gunung ini juga meragut hampir 300 nyawa, terkorban ketika berusaha menakluk puncaknya.

Selain menjadi gunung tertinggi di dunia, gunung itu juga sangat dihormati oleh penduduk tempatan sejak turun temurun lagi.

Siapa itu Kami Rita Sherpa? 

Walaupun sudah ramai yang sampai ke puncak tertinggi itu, namun untuk mencipta rekod yang sama berulang kali agak sukar untuk dilakukan.

Kredit The Summiters

Namun, ia bukanlah satu perkara yang mustahil untuk Kami Rita untuk mencipta sejarah tersebut. Dia adalah pemandu dan penunjuk arah trek pendakian gunung Everest atau sherpa yang berasal dari Nepal.

Kami Rita dilahirkan pada 17 Januari 1970 di Thame, iaitu sebuah kampung indah yang terletak di daerh Solukhumbu.

Thame adalah merupakan tempat yang istimewa dalam sejarah pendakian gunung. Ini kerana tempat ini telah menjadi tempat permulaan bagi legenda Tenzing Norgay bersama Sir Edmund Hillary mendaki gunung itu buat pertama kali pada tahun 1953.

Dia memulakan kerjayanya sebagai penunjuk arah selepas mengikuti jejak ayahnya yang juga merupakan penunjuk arah profesional Sherpa.

Ayahnya adalah antara penunjuk arah profesional Sherpa pertama Everest sejak ia dibuka kepada pendaki asing pada tahun 1950.

Kredit AFP

Dengan pengalaman sebagai pendaki gunung selama 29 tahun, dia telah berjaya menawan lima puncak gunung yang berketinggian sekurang-kurangnya 8,000 meter. Lebih mengagumkan, dia berjaya mencatatkan rekod pendakian sehingga ke ketinggian 8,000 meter sebanyak 40 kali setakat ini.

Manakala rekod berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest buat kali ke-28 pula dicatatkan pada 23 Mei lalu. Ia adalah merupakan pencapaian yang luar biasa dan menjadikannya sebagai legenda dalam pendakian ke puncak gunung yang luar biasa itu.

Kredit Facebook

Selain Kami Rita, adiknya yang dikenali sebagai Lakpa Rita juga adalah merupakan seorang penunjuk arah yang dihormati, di mana dia telah sampai ke puncak sebanyak 17 kali.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Britannica, The Summiters, Facebook/K2- The Mountain

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.