Gempa Bumi Kuat 7.0 Magnitud Gegar Mindanao, Filipina
Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan menggegar di Mindanao, Filipina pada pukul kira-kira 4.14 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi yang berlaku berkekuatan magnitud 7.0.
Tambah MetMalaysia, pusat gempa bumi itu berlaku di 5.7° U dan 125.2° T dengan kedalaman 71 km dan 102km Tenggara dari Koronadal City,Filipina.
Bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan berlaku susulan gempa kuat tersebut.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Gempa bumi kuat M7.0 di Mindanao, Filipina pada pukul 4:14 petang, 17 November 2023. Pusat gempa bumi di 5.7° U dan 125.2° T dengan kedalaman 71 km. 102km Tenggara dari Koronadal City,Filipina.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/L7LPl5HlSv
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 17, 2023
Sumber: X/MetMalaysia