Siakap Keli
Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Cara Buat Pewangi Bilik 'Homemade' Di Rumah
Kredit: TikTok

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Cara Buat Pewangi Bilik ‘Homemade’ Di Rumah

Guna 5 Bahan Sahaja, Ini Cara Buat Pewangi Bilik ‘Homemade‘ Di Rumah

Sesetengah orang perlu memastikan ruang yang didiaminya berbau harum bagi meningkatkan kadar produktiviti ketika berkerja ataupun bersantai.

Hal ini kerana, wangian dalam bilik dapat mempengaruhi produktiviti seseorang individu, selain dari susunan perabot, pemilihan palet warna dan sebagai.

Menurut Reed Pacific Media, terdapat lima kebaikan jika peangi diletakkan dalam ruangan berkerja anda.

Antaranya, mengurangkan tekanan, meningkatkan prestasi, menjana daya kreativiti dan memastikan persekitaran dalam keadaan bersih.

Selain itu, pekerja akan cenderung untuk berkerja di tempat kerja mereka dalam jangka masa yang agak lama.

Jadi, memang tidak dapat dinafikan bahawa persekitaran yang harum ini boleh dianggap sebagai satu perkara yang penting dalam kehidupan.

Susun atur perabot dan hiasan dalaman yang menarik tidak cukup untuk meningkatkan kadar produktiviti individu.

Akan tetapi, pewangi ini mungkin dianggap sebagai satu benda yang kurang mustahak dan sering diketepikan apabila pengguna sedang membeli barangan pasar raya.

Hal ini disebabakan, harga pewangi dianggap agak tinggi dan kurang mustahak jika dibandingkan dengan keperluan barangan yang lain seperti detergen pakaian, cecair pencuci dan sebagainya.

Jangan risau, anda masih dapat menikmati bau harum di ruangan anda dengan menghasilkan pewangi ciptaan sendiri ini.

Penghasilan pewangi bilik ‘homemade’ tak renyah, hanya guna 5 bahan sahaja

Perkongsian berkenaan cara untuk menghasilkan pewangi bilik buatan sendiri ini telah dikongsikan menerusi hantaran dari akaun TikTok Sayurbox (@sayurbox).

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan pewangi ini hanya lima sahaja sahaja iaitu, pewangi pakaian, cuka, plastik, sabun buku dan air.

Pertama sekali, parutkan sabun buku sehingga sabun buku bertukar menjadi hirisan halus secara sepenuhnya.

pewangi homemade 3 bahan
Kredit: TikTok

Bawa satu bekas kosong dan masukan pewangi pakaian serta air dalam 30 mililiter ke dalamnya. Selepas dikacau sehingga sebati, masukkan beberapa titis cuka ke dalam campuran tersebut.

Mungkin anda akan risau bahawa pewangi ini berbau seperti cuka tetapi jangan risau. Cuka ini difahamkan tidak akan mengganggu bau harum daripada pewangi pakaian.

Selepas itu, masukkan parutan sabun buku tadi ke dalam bekas yang mengandungi campuran air, cuka dan pewangi pakaian.  Gaulkannya sehingga menjadi seakan-akan bentuk pes atau lilin.

pewangi homemade 3 bahan
Kredit: TikTok

Jika anda mahu pewangi bilik anda menghasilkan bau yang lebih wangi, tambah sedikit pewangi pakaian dan gaulkan sehingga sebati.

Seterusnya, masukkan campuran pes tersebut ke dalam plastik dan ikat pada bahagian hujungnya.

pewangi homemade 3 bahan
Kredit: TikTok

Ambil objek tajam dan buat beberapa lubang kecil pada permukaan plastik bagi memastikan bau wangi dari pewangi tersebut keluar menerusi ruang pengudaraan yang dihasilkan.

Akhir sekali, gantungkan plastik tersebut pada tempat tinggi serta memiliki ruang pengudaraan yang baik dan bilik anda sudah pun menjadi wangi.

@sayurbox

Cara mudah bikin pengharum ruangan sendiri dirumah!🥰 Wanginya bisa kamu custom sesuai keinginan kamu ya Sayurfriends. Selamat mencoba!💚 #sayurbox #tipsandtricks #pewangi #serunyabelajar #infotiktok #fypage

♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto

BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya

Sumber: Sayurbox via TikTok

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.