Siakap Keli
extension wire
Kredit TikTok/@kh_pakwee

Jangan Main Sebat Ja, Lelaki Ni Kongsi Cara Betul Guna ‘Extension Wire’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jangan Main Sebat Ja, Lelaki Ni Kongsi Cara Betul Guna ‘Extension Wire’

Cara penggunaan elektrik di rumah sangat penting kerana ia boleh memberikan kesan yang baik dan tidak baik.

Semua sedia maklum, kejadian kebakaran di rumah sering berlaku disebabkan masalah yang berkaitan dengan elektrik atau lintar pintas.

Penggunaan elektrik yang berlebihan dalam satu ‘plug point‘ boleh menyebabkan ia terbakar dan seterusnya merosakkan barangan elektrik tersebut.

Terutamanya jika anda menggunakan ‘extension wire‘ atau wayar penyambung untuk kegunaan barangan elektrik tersebut.

Oleh itu, pada hari ini SK akan berkongsikan cara penggunaan yang betul bagi ‘extension wire‘ agar tidak ia tidak terbakar dan rosak.

Perkongsian berguna tersebut telah dikongsikan oleh seorang lelaki di TikTok yang bernama @kh_pakwee.

Kredit TikTok

Menurut lelaki itu, setiap wayar penyambung yang dijual di pasaran ada menulis arahan yang jelas berkenaan penggunaan wayar tersebut.

Anda hanya perlu menyemak di sisi perumah wayar penyambung dan lihat berapa had kegunaan watt elektrik oleh ‘extension wire‘ tersebut.

Menerusi perkongsian video tersebut, lelaki itu turut menunjukkan contoh had maksimum bagi ‘extension wire‘ yang berada di tangannya.

Kredit TikTok

Semua penyambung wayar ada tulis had maksimum kegunaan watt elektrik

“Semua ‘extension‘ dalam market ada tertulis berapa maksimum watt elektrik yang boleh ia tampung. Jadi, kalau contoh dia ada lima kepala plug di sini, korang kena tambah kelima-lima watt elektrik dan jangan pakai melebihi voltage yang tertulis dekat sini,” terang lelaki tersebut.

Kredit TikTok

Sebagai contoh, jika ‘extension wire‘ tersebut mempunyai had maksimum 2500 watt, maka penggunaan elektrik secara keseluruhan hendaklah tidak melebihi had itu.

Tambahnya, kalau penggunaan elektrik tidak melebihi had maksimun yang ditetapkan maka wayar penyambung tersebut tidak akan terbakar dan cair.

Perkongsian daripada lelaki tersebut telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial. Mereka juga dilihat telah meninggalkan komen berkenaan perkongsian video tersebut.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Terbaik bos, terima kasih info,” tulis seorang netizen.

“Terima kasih atas informasi tentang elektrik rumah. Info yang baik,” tulis seorang netizen lagi yang dapat manfaat daripada perkongsian tersebut.

“Beli yang heavy duty dan pastikan bukan yang ciplak,” tulis seorang netizen yang memberi idea tentang pembelian wayar penyambung.

Macam mana dengan perkongsian pada hari ini? Di harap ia dapat memberikan manfaat dan ilmu yang baharu kepada para pembaca.

@kh_pakwee

Knpe plug perasap/berapi? Ni ler jwab dia🫡🫡 #pakwee #kh_pakwee #building #buildingmaterials #hardware #tip #tips #bahanbinaan #tipsandtricks #perumahan #kh_kowhock #khgroup #kowhockgroup #bahanbinaanrumah #makwee #perak #malaysiatiktok #malaysia #anakmalaysia #anakmalaysia🇲🇾🇲🇾🇲🇾 #jagakeselamatan

♬ original sound – KH_PakWee – KH_PakWee

Sumber: TikTok/@kh_pakwee

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.