Siakap Keli
Nasa siasat objek terbang
Gambar: Metro UK

NASA Siasat Objek Misteri Terbang Laju Lebih 200,000 KM/j

NASA Siasat Objek Misteri Terbang Laju Lebih 200,000 KM/j

Penyelidik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kini sedang melakukan siasatan mengenai satu kejadian aneh susulan penampakan cahaya terang di langit baru-baru ini.

Memetik laporan Metro UK, kejadian tersebut sempat disaksikan oleh penduduk yang tinggal dalam lingkungan 80 kilometer di Minnesota, melaporkan objek terang itu merentasi ruang langit sebelum mereka terdengar bunyi dentuman hingga menggegarkan rumah pada malam Isnin.

Difahamkan bunyi tersebut dipercayai lebih kuat berbanding letupan sonik.

Penyelidik percaya bahawa objek misteri bersaiz peti sejuk itu memasuki atmosfera pada kelajuan antara 48,280 hingga 209,214 kilometer sejam (KM/j).

Bagaimanapun, Pengurusan Kecemasan Daerah Beltrami mendedahkan letupan sonik yang terlalu dekat dengan daratan itu berasal daripada meteor dan tidak menyebabkan kemusnahan.

Bukan Meteor Biasa 

Gambar: Metro UK

Sementara itu, ahli fizik tempatan, Profesor Juan Cabanela yang mengkaji peristiwa berkenaan menjelaskan ia bukanlah meteor biasa berdasarkan masa ledakan.

“Saya masih tidak mengetahui apa itu, namun saya cukup yakin ia bukanlah meteor,” katanya menerusi e-mel.

Pengarah Kecemasan Daerah Beltrami, Chris Muller juga tidak dapat mengesahkan mengenai objek terbang tersebut berdasarkan tiga video yang diperolehinya.

“Saya tak fikir ia adalah UFO. Sekiranya ia adalah objek tidak dikenali, sepatutnya radar pengesan dapat mengesannya di udara.

“Kami telah menyemak dengan Perkhidmatan Cuaca Nasional dan mereka memberitahu tidak mengesan apa-apa dalam radar. Mereka juga tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung objek bercahaya itu,” katanya.

BACA  JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Dalam dua rakaman yang memaparkan laluan perjalanan objek tersebut, klip pertama dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumah persendirian di Nymore, selatan Tasik Bemidji.

Klip berkenaan memaparkan cahaya seakan putih biru terang terpapar di atas langit sebelum bunyi hentaman kuat sekitar 2.95 saat kemudian.

Manakala video kedua pula berjaya dirakamkan di Lapangan Terbang Wilayah Bemidji, memaparkan cahaya berkenaan melepasi kawasan itu sepantas kilat.

Menurut pemilik syarikat Minnesota Meteorites, Craig Zlimen, sebanyak sembilan meteorit telah direkodkan ditemui di Minnesota sebelum ini.

Zlimen juga tidak menolak dengan teori meteorit dan menjelaskan objek angkasa itu bakal dijual dengan harga yang tinggi.

Sumber:  Metro UK

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.