Siakap Keli

UMW Toyota Motor Menyumbang Kepada Kelestarian Alam Sekitar Dengan Menanam 12,000 Pokok Pada 2023

Berusaha ke Arah Neutraliti Karbon, UMW Toyota Motor Menyumbang Kepada Kelestarian dan Pembinaan Masyarakat Terhubung

LANGKAWI, 18 NOVEMBER 2023 – UMW Toyota Motor membuktikan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi penglibatan aktif dalam Inisiatif Pucuk Hijau UMW (UGS), iaitu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan UMW yang dipacu oleh UMW Toyota Motor dan Perodua sejak tahun 2021.

Acara UGS di Hutan Simpan Paya Bakau Kubang Badak, Langkawi baru-baru ini mencatatkan kejayaan setelah berjaya menanam 5,900 pokok bakau, menjadikan jumlah pokok bakau yang ditanam pada tahun 2023 ialah sebanyak 12,000 termasuk 6,100 pokok bakau yang telah ditanam di Tanjung Tuan pada Mac.

Kejayaan ini tidak hanya membuktikan keazaman syarikat itu untuk mencipta masa depan yang lebih hijau dan mampan, tetapi juga sebagai sebahagian daripada usaha penting dalam mendefinisikan semula mobiliti.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. menegaskan, “Karbon adalah musuh Nombor 1 kita. Oleh itu, menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama demi masa depan yang lebih baik.

“Melalui inisiatif seperti UGS, kami komited untuk merealisasikan falsafah ‘Move Your World’, yang mendefinisikan semula mobiliti sebagai aspek penting dalam kehidupan seharian.”

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG) dan menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan 2020-2050, Inisiatif ini menjadi salah satu langkah penting ke arah mencipta masa depan yang lebih hijau. Dengan tema “Green Malaysia. Our Trees. Our Life.”, inisiatif ini menangani isu perubahan iklim dan pemuliharaan alam sekitar.

Inisiatif ini selari dengan komitmen Toyota Global untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050. Matlamat ini merangkumi pengurangan pelepasan CO2 secara praktikal.

Oleh itu, adalah penting untuk kita mengambil pendekatan berbilang cara termasuk menggalakkan penggunaan Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV). Menerusi usaha penanaman pokok dan pengurangan pelepasan karbon, UMW Toyota Motor sememangnya aktif menyumbang kepada misi yang lebih besar iaitu mencipta masa depan lebih mampan.

“Toyota benar-benar yakin dengan kuasa inovasi. Matlamat kami bukan sahaja untuk mencapai neutraliti karbon tetapi juga mewujudkan masyarakat yang lebih terhubung, di mana individu boleh membuat pilihan yang sesuai dengan nilai dan gaya hidup mereka,” tambah Datuk Ravindran.

Penumpuan strategik kepada usaha penanaman pokok bakau meningkatkan kesan positif terhadap alam sekitar. Paya bakau bertindak sebagai pelindung semula jadi terhadap hakisan, meningkatkan kualiti air dengan menapis bahan pencemar, dan menyediakan habitat penting untuk pelbagai jenis hidupan liar.

Acara itu menyaksikan penyertaan para pelajar dan guru dari MRSM Langkawi, penduduk Kampung Kubang Badak, ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), dan sukarelawan berdedikasi yang terdiri dari kalangan kakitangan UMW Toyota Motor dan pengedarnya.

Penyertaan UMW Motor dalam Inisiatif UGS ini membuktikan peranannya sebagai warga korporat yang bertanggungjawab secara sosial, serta komited ke arah mencipta masa depan yang lebih mampan dan hijau untuk generasi akan datang. Syarikat itu komited untuk mengurangkan jejak ekologi sekitarnya dan memberikan kesan positif kepada masyarakat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.