Siakap Keli
tip pilih ikan pari
Gambar; Facebook Asmah Chem

“8 Tahun Berniaga Tak Pernah Jumpa Yang Bau Hancing,” Peniaga Kongsi Tip Pilih Ikan Pari Segar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“8 Tahun Berniaga Tak Pernah Jumpa Yang Bau Hancing,” Peniaga Kongsi Tip Pilih Ikan Pari Segar

Sebut sahaja ikan pari, tentunya ramai sudah sinonim dengan asam pedas ikan pari dan ikan pari bakar. Ikan ini cukup menyelerakan dimakan lebih-lebih dengan nasi panas. Apatah lagi isinya yang lembut cukup ‘surr’ ketika makan tengah hari.

Pun begitu, ikan pari juga kadangkala mudah berbau hancing. Perkara ini tentunya membuatkan para penggemar ikan ni sedikit ‘hilang selera’ jika ikan yang dihidangkan itu berbau.

Kenapa ikan ini berbau hancing? Macam mana nak tahu ikan pari yang diambil itu tidak berbau?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh seorang peniaga, Asmah Chem mengenai punca ikan ini berbau hancing dan tip pemilihan ikan pari. Semoga bermanfaat.

Peniaga Kongsi ‘Rahsia’ Pilih Ikan Pari Segar & Punca Berbau Hancing

Gambar: Facebook Asmah Chem

Orang Melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.

Sebenarnya ia adalah Mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid. Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.

Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.

Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih-lebih lagi dalam organ pari.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ia segar.

Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.

Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat atau warnanya sudah gelap kehitaman. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.

Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua. Wallahua’lam.

Sumber: Asmah Chem

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"