Siakap Keli
bujang senja tuan ibrahim
Gambar: Sidang Dewan Rakyat

Bimbang Bujang Senja: Tuan Ibrahim Cadang Solusi Poligami

Bimbang Bujang Senja: Tuan Ibrahim Cadang Solusi Poligami

Kerajaan perlu memberi sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami bagi menyelesaikan masalah dihadapi oleh wanita yang lewat berkahwin, lapor Sinar Harian.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan perkara tersebut selepas bimbang terhadap peningkatan golongan ‘bujang senja’ di negara ini.

Jelasnya, meskipun poligami bukan jalan penyelesaian namun beliau menyifatkan ia adalah ‘jalan keluar’ buat wanita yang mahu berkahwin.

“Bila negara kita ini sensitif soal poligami. Sebut poligami macam buat jenayah.

“Saya fikir kementerian perlu rasional dalam isu ini, di mana bagi mereka yang mampu ada kelayakan boleh berlaku adil, satu sokongan moral perlu diberi.

“Kita boleh bayangkan 8.4 juta wanita yang belum kahwin, walaupun itu (poligami) bukan penyelesaian yang muktamad tapi saya fikir perkara ini dapat beri jalan keluar bagaimana nak selesaikan masalah wanita yang nak kahwin,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Rabu.

Jelasnya, sekiranya lelaki tersebut berkemampuan dan berkelayakan mereka boleh berpoligami.

Katanya, cadangan tersebut hanyalah penambahan idea buat kerajaan mencari jalan bagaimana mahu menangani masalah itu.

“Idea sekadar untuk dipertimbang oleh pihak kementerian mencari jalan,” katanya.

Apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Tampin, Mohd Isam Mohd Isa berkenaan dengan status beliau sama ada mempunyai satu atau dua isteri, Tuan Ibrahim berseloroh menyatakan beliau berkemampuan untuk memiliki empat isteri.

“Walaupun saya masih satu, ada tiga lagi masih kosong,” katanya dalam nada gurauan.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Poligami Tanpa Pengetahuan, Bukan Hanya Beri Impak Pada Si Isteri, Bahkan Juga Sang Suami

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.