Siakap Keli
- Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.1 Tercetus Di Halmahera, Indonesia Pagi Ini
Kredit: X/MetMalaysia

Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.1 Tercetus Di Halmahera, Indonesia Pagi Ini

Gempa Bumi Kuat Magnitud 6.1 Tercetus Di Halmahera, Indonesia Pagi Ini

Satu insiden gempa bumi dengan kekuatan gegaran 6.1 magnitud dilapor melanda Halmahera, Indonesia pada pagi tadi.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di laman X (@MetMalaysia) hari ini.

Dalam hantaran terbabit, gegaran tersebut telah berlaku pada pukul 10.48 pagi, berdekatan Lautan Sulawesi dan Selatan perairan Filipina.

Pusat gempa bumi pula dilaporkan terletak pada 1.8 darjah utara dan 127.1 darjah timur dengan kedalaman 108 km. iaitu 111 kilometer dari utara Kepulauan Ternate di Indonesia.

Met Malaysia memaklumkan bahawa gempa yang berlaku bagaimanapun tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada Malaysia.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.” tulis MetMalaysia dalam satu ciapannya.

Satu insiden gempa bumi yang telah berlaku di Maluku pada awal bulan ini

BACA: Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Sebelum ini, satu insiden gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda wilayah Maluku, Indonesia pada 8 Novermber lalu.

Menurut agensi geofizik negara terbabit (BMKG), pusat gempa terletak di laut, kira-kira 251 kilometer barat laut Tanimbar.

Gempa bumi berlaku pada 11.52 pagi waktu Indonesia Barat, dengan koordinat tepat pada 6.31 darjah lintang selatan dan 129.77 longitud darjah timur, pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di pulau itu, termasuk Saumlaki, Banda, Ambon, Damer, dan Kisar.

Ketika kejadian tersebut, Ketua Balai BMKG Ambon, Djati Cipto Kuncoro menggesa orang ramai bertenang dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan khabar angin yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Penduduk juga dinasihatkan supaya mengelakkan bangunan yang mengalami keretakan atau kerosakan akibat gempa bumi.

Dalam kejadian tersebut, tiada maklumat mengenai jumlah korban atau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.