Siakap Keli
makhluk seram atas bumbung
Gambar via Thaiger

Kereta Hampir Terbabas Gara-gara Makhluk Seram Atas Bumbung

Kereta Hampir Terbabas Gara-gara Makhluk Seram Atas Bumbung

Sebuah video tular di TikTok menampakkan satu sosok tubuh makhluk menyerupai wanita berpakaian putih dan rambut panjang di atas bumbung sebuah kereta baru-baru ini.

Video itu telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan di TikTok setakat ini. Ia telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Aphisamacream.

“Saya hampir terbabas kerana ternampaknya pada jam 11 malam. Saya rasa saya ternampak hantu di atas bumbung itu.

“Tetapi, ia hanya duduk di situ, dengan rambut yang panjang dan berpakaian serba putih,” katanya.

Video tersebut menunjukkan sebuah kereta di hadapan individu itu mempunyai satu sosok tubuh seorang wanita di atas bumbungnya.

Wanita itu memakai pakaian berwarna putih dan rambut merahnya jelas kelihatan. Kawasan di sekeliling mereka gelap dan hanya diterangi dengan lampu jalan.

Apabila video itu dikongsi di TikTok, kebanyakan warga net meluahkan rasa keliru, mereka semua terfikir, “Kenapa sunroof itu terbuka ketika pada waktu malam?”

Malah ada juga yang cuba berjenaka, “Anda pasti itu bukannya hantu?”

Mereka berkata, kereta dengan nombor plat lesen berwarna merah itu mungkin mempunyai “penumpang”.

Kemudian, Aphisamacream memuat naik sebuah video yang lain untuk memuaskan hati orang ramai. Dia mahu menunjukkan kereta itu dengan lebih teliti kepada semua yang mahu melihat kereta itu dengan lebih jelas.

Walau bagaimanapun video yang diambil ketika kereta dipandunya melintasi kereta di hadapan tersebut akhirnya telah membuktikan bahawa ia bukan hantu, sebaliknya hanya seseorang yang keluar daripada sunroof.

Selain itu, terdapat juga video tular yang ditonton sebanyak enam juta kali.

Video itu telah dikongsikan oleh seorang pembaca meter elektrik yang menunjukkan suasana sebuah kampung yang ditinggalkan di daerah Pracha Uthit di Bangkok.

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jr. Louis  telah merakam video tersebut ketika sedang membaca meter elektrik di kampung itu.

Sumber: Thaiger

BACA JUGA: ‘Siapalah Ajar Dia Ni..’, Mat Saleh Tular Masak Nasi Lemak Bahan Semua Cukup

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.