Sempena ulang tahun ke-60 Zoo Negara pada tahun ini, HABIB, jenama barangan kemas terkemuka Malaysia, memberi sumbangan sebanyak RM100,000 pada masa yang sama melancarkan edisi kedua wafer syiling emas 999.9 “HABIB x Zoo Negara”.
Kolaborasi ini meraikan komitmen lama HABIB dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya dan membantu dalam peranan Zoo Negara untuk pemuliharaan dan pendidikan.
Koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 ialah edisi terhad wafer syiling emas 999.9 yang diilhamkan daripada waktu fajar di habitat hidupan liar, menunjukkan cara haiwan memulakan hari serta permulaan yang baharu untuk Zoo Negara.
Wafer syiling emas 999.9 edisi terhad ini datang dalam enam reka bentuk berbeza diinspirasikan oleh haiwan ikonik yang terdapat di zoo, iaitu harimau Bengal putih (white bengal tiger), panda gergasi (giant panda), burung pegar emas (golden pheasant), singa Afrika (african lion), zirafah (giraffe) dan raja cheetah (king cheetah).
Wafer syiling emas 999.9 ini bukan sahaja sesuai untuk dikumpul sebagai koleksi dan dijadikan sebagai pemberian hadiah, malah ia juga dapat memupuk minat pelaburan emas, terutamanya untuk kanak-kanak yang baru mula membiasakan diri untuk menyimpan wang sambil belajar menghargai emas dan nilainya. HABIB juga berharap wafer syiling emas 999.9 ini akan menjadi tanda penghargaan yang lebih kreatif dan bermakna terhadap flora dan fauna kita.
Dengan harga emas pasaran yang kian meningkat serta ketara dalam nilai, orang ramai kini lebih sedar mengenai nilai emas dan bagaimana emas bukan lagi semata-mata untuk perhiasan; ia kini dilihat sebagai inisiatif pelaburan. Wafer syiling emas 999.9 HABIB edisi Zoo Negara ini merupakan antara pilihan terbaik untuk mereka yang ingin mula berjinak dan melabur dalam emas.
Mirsham Meer, Pengurus Kanan Pejabat Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, yang memperjuangkan kempen “HABIB x Zoo Negara”, juga merupakan anak bongsu Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB dan Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB berkata, “Kami sangat teruja untuk meneruskan kerjasama ini bersama Zoo Negara, terutamanya pada masa ulang tahun ke-60 mereka. Kempen ini mempunyai tempat yang istimewa di hati kami kerana memelihara warisan adalah teras kepada identiti kami sebagai jenama. Koleksi baharu ini menggambarkan masa depan yang cerah yang menanti Zoo Negara dan berharap legasinya akan diteruskan untuk dihargai oleh generasi akan datang.”
Ini menandakan kali ke-2 HABIB bekerjasama dengan Zoo Negara. Semasa tempoh pandemik, HABIB telah menderma sejumlah RM100,000 dan mengeluarkan edisi pertama koleksi wafer syiling emas 999.9 “HABIB x Zoo Negara” pada Disember 2020. Koleksi HABIB x Zoo Negara 2023 kini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB.
Ikuti media sosial rasmi HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB). Pembelian atas talian juga disediakan di platform TikTok, Shopee, Lazada dan Zalora.
Layari laman sesawang rasmi HABIB di www.habibjewels.com untuk maklumat lanjut.