Siakap Keli
Saintis Bimbang Keadaan Glasier Cair Mendadak Di Antartika Pada Tahap Membimbangkan
Kredit: Bernama

Saintis Kini Khuatir, Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Pantas

Saintis Kini Khuatir, Glasier Di Antartika Cair Mendadak & Pantas

Kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Leeds mendapati bahawa pencairan ais di kawasan barat Antartika berlaku pantas dan membimbangkan, lapor Daily Mail.

Bongkah ais gergasi yang dikenali sebagai Glasier Cadman itu telah ‘membebaskan’ kira-kira 2.16 bilion tan ais ke lautan setiap tahun.

Dalam kajian yang dilakukan penyelidik tersebut, pencairan glasier tersebut yang belaku setiap tahun itu tidak lain tidak bukan berpunca daripada perubahan iklim.

Akibatnya, ketebalan Glasier Cadman terus merosot pada kadar 20 meter setahun yang bersamaan kira-kira ketinggian bangunan lima tingkat.

Asalnya, Cadman Glasier merupakan sebuah glasier yang stabil

Dalam pada itu, penyelidik berkenaan turut mengeluarkan beberapa amaran berhubung situasi berkenaan.

Kata mereka, glasier-glasier yang stabil di Antartika boleh ‘berubah sekelip mata’ dan hilang kandungan aisnya dalam kuantiti yang besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami terkejut melihat betapa pantas Cadman yang asalnya merupakan sebuah glasier yang stabil mengalami kemerosotan. Glasier tersebut kehilangan ais secara mendadak,” Benjamin Wallis.

Beliau merupakan pengarang bersama penyelidikan tersebut yang diterbitkan dalam Nature.

Glasier di Antartika cair pada tahap membimbangkan

Untuk makluman, glasier adalah kawasan bongkah-bongkah ais yang hanyut di atas laut. Walaupun secara luaran kelihatan seperti pepejal yang utuh, glasier sebenarnya bergerak seperti air sungai.

Ais-ais di glasier akan sentiasa bergerak walaupun pergerakannya terlalu perlahan untuk dilihat menerusi mata manusia.

Oleh itu, para saintis telah bergantung kepada kamera timelapse dan satelit untuk menunjukkan pergerakan ais glasier dan kelajuannya bergerak.

Bersama-sama dengan pakar dari British Antarctic Survey, pasukan itu menggunakan satelit untuk menjejaki Cadman Glacier, yang mengalir ke Teluk Beascochea, di barat Semenanjung Antartika.

Mereka mendapati bahawa glasier tersebut telah hanyut sejauh lapan kilometer antara November 2018 sehingga Mei 2021.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Daily Mail

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma