Pusat Beli-belah Baharu, The Exchange TRX Mall Dibuka Secara Rasmi Hari Ini
The Exchange TRX Mall dilapor dibuka secara rasmi kepada umum pada hari ini.
Berita pembukaan pusat beli belah bertaraf antarabangsa itu telah dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Airul Azhar Abd Ghani.
Berdasarkan perkongsian itu, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azmar Talib dilihat bersama beberapa individu lain ketika merasmikan pembukaan pusat beli-belah berkenaan.
Berita pembukaan rasmi hub kewangan dan pusat membeli-belah baharu itu juga turut dimuat naik menerusi laman facebook The Exchange TRX sebentar tadi.
BACA: Tempat “Shopping” Baru, Hub Gaya Hidup & “Mall” Di The Exchange TRX Dibuka 29 November Ini
Terdahulu, pengguna X bernama Anwar Ahmad memuat naik satu video yang berkongsi senarai jenama-jenama yang bakal membuka stor dan butik masing-masing disana.
Difahamkan, pusat beli-belah ini akan menempatkan butik-butik mewah jenama antarabangsa seperti Chanel, Dior, Hermes dab Mulbery.
Lebih 400 jenama serta butik jenama terkenal dunia juga akan dibuka secara rasmi pada hari ini.
The Exchange TRX start bukak secara rasmi esok guys.
Apa ada dalam shopping mall ni? Ni ada sedikit sneak peek untuk korang!Ada antara brand brand yang tak ada physical store kat Malaysia before this, ada dalam The Exchange ni! 🔥 pic.twitter.com/PhGYQbGngL
— Anwar Ahmad (@anwarrrrahmad) November 28, 2023
Selain itu, jenama cermin mata terkenal dari Korea Selatan, Gentle Monster serta jenama barangan gaya hidup Perancis-Jepun, Maison Kitsuné bersama bar kopinya, Café Kitsuné turut akan dibuka di The Exchange TRX.
Turut dibuka adalah jenama barangan atlet California, Alo Yoga serta jenama hiasan rumah Finland, Marimekko.
Bukan itu sahaja, hab perniagaan tersebut juga menyaksikan premis pertama jenama kosmetik Drunk Elephant dibuka di negara ini.
Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman menjamu selera dalam beberapa premis makanan di sana.
Tipsy Collective, sebuah syarikat asal Singapura akan memperkenalkan sebuah restoran yang dikenali sebagai Tipsy Flamingo.
Selain itu, antara tumpuan utama di The Exchange TRX nanti adalah Seibu, iaitu rangkaian pasar raya terbesar di Jepun yang turut membuka cawangannya nanti.
Difahamkan, premis Seibu akan memenuhi ruang seluas empat tingkat dan berkeluasan kira-kira 250,000 kaki persegi.
Terletak dalam lingkungan kawasan perniagaan antarabangsa Tun Razak Exchange, The Exchange TRX merupakan projek pembangunan usahasama antara Lendlease bersama TRX City Sdn Bhd.
Sumber: Facebook/ The Exchange TRX, Airul Azhar Abd Ghani, X/@anwarrrrahmad