“Jangan Lupa Orang Ketiga,” ‘Game’ Cikgu Ni Buat Murid Pening
Waktu persekolahan merupakan antara waktu yang tidak digemari oleh pelajar-pelajar di sekolah. Terutama sekali di sekolah rendah. Kadang-kadang, pelajar sekolah menengah juga tidak gemar untuk ke sekolah.
Walaupun ada juga pelajar yang suka ke sekolah, kebanyakannya hanya gembira berjumpa dengan kawan-kawan dan bukanlah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi, itu boleh diubah sekiranya cikgu-cikgu di sekolah menjadi lebih kreatif ketika sedang belajar.
Salah satu cara yang memang akan menarik perhatian murid-murid serta membuatkan mereka lebih aktif di dalam kelas adalah melalui permainan yang boleh dilakukan di dalam kelas. Dengan adanya permainan, murid-murid tidak kira usia akan jadi lebih aktif di dalam kelas. Lebih-lebih lagi permainan yang menguji minda mereka seperti permainan “Jangan lupa orang ketiga”.
Kalau nak tahu, permainan ini dimain di dalam sebuah kelas dan video permainan itu dimuat naik di TikTok cikgu itu sendiri yang dikenali sebagai Cikgu Zie.
BACA JUGA: Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan?
Dalam video yang dimuat naik, cikgu itu memperkenalkan permainan itu kepada murid-muridnya, “Game ni diberi nama ‘jangan lupakan orang ketiga’,” dan pada mulanya, kebanyakan murid-murid pening dengan permainan itu.
Permainan itu dimulakan dengan menyebut dua nama dan dihabiskan dengan soalan, “Orang yang ketiga adalah siapa?” seperti yang ditunjukkan oleh cikgu itu dalam videonya.
“Permainan ini memerlukan kita fokus terhadap arahan cikgu. Orang pertama, adalah Fayyadh. Orang kedua adalah Darwishah. Orang ketiga adalah siapa?” soal cikgu itu dalam video.
Murid-muridnya terus meneka dengan menyebut nama-nama yang mungkin menjadi jawapannya. Tetapi, kebanyakan jawapan mereka tidak tepat.
Kemudian, terdapat seorang pelajar yang menjawab, “Orang ketiga adalah Anis,” dan itulah yang merupakan jawapan yang betul. Cikgu itu menyuruh murid yang lain untuk memberikan tepukan kepada pelajar itu sambil berkata, “Jangan bagitau kawan.”
Permainan diteruskan lagi di dalam kelas itu dan kebanyakan murid sudah mula memahami cara bermain permainan itu. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda tahu cara bermain game ini?
Permainan seperti ini dapat mengelakkan murid-murid daripada rasa mengantuk ataupun bosan di dalam kelas. Cikgu-cikgu yang lain, silalah cuba permainan ini!
@sy_zie Replying to @anim@bumblebee Ade sape faham x game ni? Cuba komen😂 #fyp #fypシ゚viral #ipg #ipgstudent #praktikum #bbmmenarik #icebreaking #icebrakingmenarik
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Sumber: sy_zie via TikTok
BACA JUGA: Tunai Hasrat Terakhir Nanami, Viral “Kento Nanami Memorial Shrine” Ada Di Kuantan?