Siakap Keli
Gambar via Oddity Central

Kelab Buku Habiskan 28 Tahun Kaji Buku Yang Sama

Kelab Buku Habiskan 28 Tahun Kaji Buku Yang Sama

Sebuah kelab buku di California telah berjaya menghabiskan pembacaan mereka yang pertama untuk sebuah buku yang bertajuk Finnegan’s Wake, karya James Joyce. Kelab itu telah mula membaca buku itu sejak 28 tahun yang lalu.

Penulis yang menulis buku itu telah memberitahu kehendaknya di mana dia mahu sesiapa yang membaca bukunya itu harus “Berikan tumpuan kepada karya saya sepanjang hidup mereka”. Terdapat pembacanya yang mengambil serius kata-katanya itu.

Kelab buku California ini adalah salah satu daripada contoh pembaca yang menghabiskan hidup mereka dengan karya itu. Mereka telah menghabiskan 28 tahun daripada hidup mereka untuk membaca dan mentafsir Finnegan’s Wake.

Mereka mentafsir helai demi helaian untuk memahami misteri-misteri buku itu. Ini kerana, buku itu dikatakan buku yang paling rumit untuk dibaca dan difahami. Kebanyakan orang yang membacanya belum tentu memahami kandungan buku itu sepenuhnya.

James Joyce telah menulis buku itu dengan campuran perkataan yang dicipta semula, lawak jenaka dan juga kiasan. Buku itu juga ditulis dengan merujuk kepada kira-kira 80 bahasa, dan kebanyakan pembacanya tidak dapat memastikan latar penceritaan serta watak-watak di dalamnya.

Kelab Buku Gerry Fialka

Seorang experimental filmmaker dari Venice, California, Gerry Fialka telah membuat sebuah kelab buku khas untuk Finnegan’s Wake sejak tahun 1995. Kelab itu mempunyai perjumpaan bulanan di mana 10 hingga 30 orang pembaca akan menghadirinya.

Perjumpaan itu dilakukan di sebuah perpustakaan tempatan dan mereka akan membaca dua muka surat daripada buku itu dan membincangkan pendapat mereka mengenai apa yang telah dibaca. Kemudiannya, mereka memutuskan untuk membaca satu muka surat untuk satu perjumpaan supaya mereka mempunyai masa yang banyak untuk berbincang.

Disebabkan itu, mereka telah mengambil masa 28 tahun untuk menghabiskan buku tersebut. Beberapa ahli kelab buku itu telah meninggalkan kelab dan mereka juga menerima ahli baru. Tetapi, Gerry Fialka dan beberapa ahli kelab yang lama masih membuat perjumpaan pada setiap bulan melalui Zoom.

Kelab buku Gerry Fialka telah mengambil masa lebih lama daripada masa yang digunakan oleh James Joyce untuk menulis bukunya itu. James Joyce telah menulis buku itu dalam masa 17 tahun. Namun, James Joyce meninggal dunia sejurus sahaja bukunya diterbitkan.

Jadi, penulis buku itu tidak mempunyai kesempatan untuk menerangkan hasil karyanya. Sebaliknya, para pembaca Finnegan’s Wake harus membuat spekulasi sendiri serta mentafsir karya itu tanpa sebarang petunjuk daripada penulisnya.

“Sepanjang perjumpaan kami, saya mempunyai 30 laman Wikipedia berbeza yang dibuka,” kata Peter Quardino, 38, seorang ahli kelab buku Gerry Fialka. “Kami semua sentiasa mempelajari tokoh sejarah baharu, peristiwa-peristiwa, ataupun penyajak. Ia ibarat otak saya dibersihkan. Rasa sangat menyegarkan,”

Tiada Penamat Untuk Kelab Buku Fialka

Kelab buku Gerry Fialka telah membaca helaian terakhir buku Finnegan’s Wake, iaitu muka surat 628 pada Oktober. Namun, itu hanyalah penghabisan pembacaan mereka yang pertama dan bukanlah penamat bagi kelab buku itu. Ahli kelab itu tidak mahu membaca buku yang lain kerana kelab itu khas dibuat untuk buku James Joyce itu.

“Kelab ini tiada penamatnya. Ayat terakhir buku itu terhenti di pertengahan ayat dan ia disambung semula di permulaan buku itu. Buku ini sebuah kitaran yang tiada pengakhirannya. Tiada buku yang lain untuk kami, kami hanya akan membaca buku ini selamanya,” kata Fialka kepada The Guardian.

Selain kelab buku California, terdapat juga beberapa kelab buku yang lain yang dibuat khas untuk karya James Joyce itu. Kata Fialga, terdapat 52 kelab buku yang masih dan salah satunya adalah di Zurich, Switzerland.

Kelab buku di sana telah menghabiskan masa selama 40 tahun untuk membaca buku James Joyce. Tetapi, mereka sedang melakukan pembacaan mereka yang keempat. Pembacaan mereka yang pertama telah mengambil masa selama 11 tahun.

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: Bukan Hanya Untuk Tukar Tayar Je, Ini 3 Kegunaan Sepana Ketika Kecemasan

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.