KKM Sahkan Voicenote Tular Dakwa Katil di Wad Dah Penuh Adalah Palsu
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan Voice Note yang tular baru-baru ini adalah berita palsu. Nota suara berdurasi 3 minit itu mendakwa kononnya katil wad di hospital telah penuh dan tidak mencukupi. Bukan itu sahaja, individu itu juga mendakwa kadar kematian semakin meningkat dalam kes “brought-in dead” (BID).
“KKM ingin memaklumkan bahawa voice note’ ini pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam,” jelas KKM dalam satu kenyataan di laman X.
KKM juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan anik dalam kalangan masyarakat. KKM juga berkata, perlu sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 yang masih ada disekeliling kita.
“Sehubungan itu, orang ramai dipohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat serta sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih kekal di sekeliling kita,
“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak, serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19,” tambah KKM lagi.
Kes Covid-19 di Malaysia mengalami peningkatan berbanding minggu-minggu sebelum ini. Setakat 2 Disember 2023, 15,327 kes masih aktif berdasarkan laman web KKM NOW.
Terdapat satu rakaman 'Voice Note' yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi, dan mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes 'brought in dead' (BID), serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah… pic.twitter.com/yXRWSNjrMd
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) December 3, 2023
Sumber: KKM
BACA: Kes Covid-19 Meningkat