Siakap Keli
permohonan emadani
Kredit: BERNAMA

Permohonan eMADANI Anda Gagal Kalau Langgar Benda Ni

Permohonan eMADANI Anda Gagal Kalau Langgar Benda Ni

Seperti yang kita tahu, hari ini ramai yang telah menebus tawaran kredit RM100 eMADANI, satu program yang dilaksanakan kerajaan dalam menggalakkan pembayaran tanpa tunai.

Bermula 4 Disember 2023 pada jam 8 pagi hingga 20 Februari 2024, pada 11.59 malam, rakyat Malaysia berpeluang untuk menebus tawaran kredit tersebut dan dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari depan.

Tawaran kredit itu tidak akan diberikan secara tunai namun rakyat perlu menggunakan perkhidmatan e-dompet untuk membuat tuntutan tawaran kredit eMADANI.

Hari ini sahaja kita boleh lihat, ramai yang berkongsi tentang inisiatif tersebut di media sosial dan rata-rata menggunakan perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

Kredit: BERNAMA

Terdapat empat penyediaan perkhidmatan e-dompet yang boleh ditebus antaranya ialah MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Tetapi sebelum tebus, sudahkan anda membaca atau menyemak kriteria kelayakan yang tertera?

Kalau nak tahu, permohonan anda akan gagal sekiranya anda tidak memenuhi syarat kriteria eMADANI dan tidak layak untuk menerima kredit RM100.

BACA: Boleh “Scan” QR Je, Ini Sebab Kenapa eMADANI Tak Boleh Tebus Tunai

Apa kriteria atau syarat kelayakan yang diperlukan?

Kredit: Kementerian Kewangan

Inisiatif ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang telah mencecah umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.

Syarat yang lain ialah mereka merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November.

Kemudian mereka layak menebus sekiranya mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah dalam masa setahun, mengikut rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Seperti yang dikatakan tadi, program ini hanya untuk warganegara dan sebelum menebus masyarakat diperlukan untuk melakukan langkah verifikasi identiti secara elektronik Know-Your Customer (EKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan.

Seterusnya, tawaran kredit ini juga tidak boleh ditebus jika anda adalah penerima eBeliaRahmah kerana program sebelum ini hanya memfokuskan buat kalangan belia.

Terdapat juga persoalan berkenaan dengan graduan yang baru sahaja mula bekerja dan sebelum ini pernah menerima kredit eBeliaRahmah susulan merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar.

Dalam situasi tersebut, mereka juga dikategorikan sebagai tidak layak untuk membuat tuntutan kredit eMADANI.

Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang tertera dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda layak untuk menyertai program ini dan boleh terus menebusnya di penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda mahu.

Anda akan menerima RM100 secara oneoff ke dalam e-dompet pilihan anda dan mengikut kebiasaan, proses ini mengambil masa 24 jam sehingga lima hari dari tarikh permohonan.

Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan, sama juga jika anda gagal.

Nak buat apa kalau permohonan lambat diluluskan?

Bagi mereka yang mempunyai masalah dari segi permohonan lambat diluluskan, anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kelewatan tersebut.

Anda juga mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan contohnya menghantar salinan kad pengenalan, untuk tujuan verifikasi.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan eMADANI, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:

1. MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]

2. Setel: Emel ke [email protected] atau klik di sini

3, ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini

4, Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini

Sumber: Kementerian Kewangan

Nurhanis

noktah