Siakap Keli
polis kejar bezza
Kredit: Orang Awam

Polis Kejar Bezza: Lelaki & Wanita Ditahan Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari PJ Ke Cyberjaya

Polis Kejar Bezza: Lelaki & Wanita Ditahan Dalam Insiden Kejar-Mengejar Dari PJ Ke Cyberjaya

Seorang lelaki dan wanita ditahan manakala dua lagi lelaki melarikan diri selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka dikejar unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan insiden kejar-mengejar itu dilakukan untuk menangkap suspek dan penahanan berjaya dilakukan.

“Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya.

@thesiakapkeli

Aksi kejar-mengejar kereta Polis dan Bezza di Cyberjaya awal pagi tadi. 📹 Telegram Warga Cyberjaya & yong195 #TrendingNewsMalaysia #BeritaDiTikTok #NewsAtTikTok #keretapolis #kejar #cyberjaya

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Semasa insiden kejar-mengejar berlaku, Perodua Bezza yang dinaiki empat individu tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka.

Suspek yang melihat polis tersebut bertindak untuk memecut kenderaan sebelum polis mengejar mereka.

Bagaimanapun, dua lelaki cuba meloloskan diri dengan melompat keluar dari kenderaan namun lelaki dan wanita berjaya ditahan.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kenderaan yang dinaiki mereka mempunyai peralatan pecah rumah.

Kejadian itu kemudiannya tular di media sosial di mana ia memaparkan sekitar sembilan buah MPV mengejar kereta suspek.

Sementara itu tinjauan di media sosial mendapati rakaman aksi kejar-mengejar antara Perodua Bezza dan MPV berkenaan meraih perhatian ramai warga maya.

Malah ada sesetengah warga maya menyifatkan bahawa situasi itu umpama dalam permainan (game) misi terkenal, Grand Thief Auto (GTA).

Sumber: Sinar Harian

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana