Siakap Keli

Komik Kucing Viral Sebab “Cute” Tapi…Baca Boleh Nangis Kebahagiaan

Korang ada kucing kesayangan dekat rumah? Atau suka sangat dengan haiwan ‘berbulus’ yang terlalu comel macam kucing? Komik yang satu ini pasti sesuai dengan pengalaman yang pernah korang alami.

ProDiet, jenama makanan kucing terkemuka telah bekerjasama dengan seorang artis komik kucing terkenal, Olive Yong yang juga pencipta halaman komik Instagram popular, Bichi Mao ini terlalu comel untuk dibaca.  Komik ini menggambarkan pengalaman dan situasi yang dihadapi setiap pemilik kucing.

Kolaborasi istimewa, cara baru ‘educate’ pencinta kucing 

Kenapa kolaborasi ini begitu istimewa? Tujuan di sebalik kerjasama ini adalah semata-mata untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelbagai segmen masyarakat, termasuk pemilik bukan kucing, pemilik kucing baru, bakal pemilik kucing, dan generasi muda.

ProDiet ingin menyampaikan informasi tentang cara memelihara kucing dan keperluan makanan kucing melalui gaya komik yang kreatif, comel dan berwarna-warni.

Ada yang dah baca komik ni? Cute kan!

6 webisode dengan matlamat berbeza

ProDiet dan Olive Yong mencipta enam (6) webisode yang menarik, kelakar dan ‘dekat’ dengan pembaca melalui matlamat yang berbeza. Setiap satu episod mempunyai tujuan tersendiri yang merangkumi pelbagai aspek pemeliharaan kucing. Antara penekanan topik di dalam komik ini adalah, sebahagian makanan manusia sebenarnya berbahaya kepada si bulus.  Memberi makanan kita kepada mereka boleh menyebabkan ketidak-seimbangan nutrisi dan masalah kesihatan.

Makanan manusia seperti coklat, bawang merah dan bawang putih adalah toksik bagi kucing sehingga boleh memberi komplikasi yang serius jika dimakan.

Alice: “Yang ni nampak cute! Saya nak yang ni!”

Penjual: “Eh tak boleh, makanan tu untuk kucing dewasa. Setiap kucing pada setiap peringkat hidup mempunyai keperluan nutrisi yang unik.”

Relate kan? Komik ini secara umumnya menceritakan perjalanan huru-hara Alice (watak utama) menjaga si bulus nya, Mimi.  Ringkas tapi boleh buat menitik air mata.

Betul! Setiap episode membuatkan kita bertanya-tanya, boleh ke si Alice ni jaga Mimi? Kesian Mimi tak pasal-pasal jadi mangsa sebab diberi makan bekal Alice dekat sekolah sampai sakit, nasib baik ada ProDiet!

Alahai Alice, Alice……

 

https://www.instagram.com/p/CzTz8H9y7V0/?utm_source=ig_web_copy_link

Eksklusif merchandise limited edition ProDiet x Bichi Mao khas untuk pembaca setia!

Lepas baca semua episode, korang akan auto jadi rindu dekat Mimi dengan Alice. Ambil peluang ini untuk jadi yang terpaling istimewa dengan memiliki barangan eksklusif bernilai RM120 termasuk mangkuk makanan si bulus dan mug edisi khas kolaborasi ProDiet x Bichi Mao. Sebanyak 100 unit akan diberikan kepada pemenang sepanjang bulan Disember ini.

https://www.instagram.com/p/C0dCzMCJtiR/?utm_source=ig_web_button_share_sheet&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

ProDiet sentiasa prihatin kebajikan haiwan

Selain mendidik orang ramai melalui komik, ProDiet meneruskan semangat prihatin dan memupuk tanggungjawab sosial dengan rumah perlindungan haiwan dengan program menziarahi sekolah-sekolah untuk mendidik masyarakat, terutama generasi muda untuk menjaga haiwan dengan menikmati makan berkhasiat.

ProDiet juga ada menyediakan kit adopsi (adoption kit) jika anda memilih untuk mengadopsi kucing daripada mana-mana tempat perlindungan haiwan di SPCA Selangor, SPCA Penang, PAWS Shelter, Shelter of Abused & Abandoned, STAR, Second Chance Animal Society, SAFM, PIPH dan Cat Beach.

Ini membuktikan bahawa kolaborasi ini tidak hanya bertujuan untuk hiburan semata-mata tetapi untuk mendidik masyarakat untuk menjaga haiwan dengan menikmati makan berkhasiat.

Cepat-cepat ikuti Instagram https://www.instagram.com/prodietmalaysia/ untuk membaca keenam-enam webisode Alice dan Mimi. Sedia tisu siap-siap!

Layari http://www.prodiet.com.my/ untuk rangkaian makanan berkhasiat buat si comel korang dan https://www.facebook.com/ProDietPetworld/ bagi kemaskini, promosi dan maklumat terkini ProDiet Malaysia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.